LEBIH 20 NEGARA BAKAL BERENTAP DALAM KEJOHANAN i-SING DUNIA DI KUALA LUMPUR

Oleh itu, satu majlis sidang media telah diadakan di Hotel Ascott Sentral Kuala Lumpur bersama-sama wakil media untuk mewar-warkan mengenai kejohanan i-Sing ini.

Dalam ucapannya sewaktu ditemui dalam majlis sidang media itu, Encik Yuro T, Pengasas dan Pengerusi i-SiNG World Pte. Ltd., menyatakan:

“sehingga hari ini sudah lebih 20 negara mengesahkan kehadiran mereka ke kejohanan i-SiNG Dunia di Kuala Lumpur. Kebanyakkan negara peserta amat teruja untuk menyertai kejohanan dan kembali membuat persembahan di pentas antarabangsa. Penganjur MyISing Malaysia telah merancang untuk menganjurkan satu kejohanan yang amat meriah lagi menerujakan di Kuala Lumpur. Selain bertanding, para peserta akan disaji dengan berbagai makanan Malaysia dan dibawa melancong sekitar Lembah Kelang secara percuma. Diharapkan kejohanan ini dapat mempromosi dan memikat lebih ramai pelancong ke Malaysia”

Meskipun baru sahaja ditubuhkan pada tahun 2017, i-SiNG telah mendapat sambutan yang amat hangat sekali daripada orang ramai dari pelusuk negeri, malah mendapat perhatian daripada luar Malaysia.

Pada tahun pertama diperkenalkan iaitu 2017, i-SiNG telah mendapat penyertaan dari 24 negara dari seluruh dunia. Kejohahanan i-SiNG pertama berlangsung di Yangon, Myanmar. Wakil Malaysia, Nabillah Mohamad, telah berjaya menduduki tempat ke-7 dalam kejohanan tahun tersebut.

Kejohahan kedua i-SiNG pula telah berlangsung di Paris, France. Satu kejayaan manis telah terlakar di negara itu apabila peserta lelaki Malaysia, Shafiq Ikhwan, telah berjaya menggondol gelaran Juara Dunia i-SiNG dan mengalahkan peserta dari hampir 40 negara.

Pada tahun 2019, i-SiNG World telah berlangsung di Stockholm, Sweden, dengan 47 negara. Malaysia menghantar 2 peserta, iaitu, Mohamad Husaini Mahmur dan Nadia Naswan Hasnan. Mohamad telah mendapat tempat ke-dua dalam kejohanan tersebut dan diikuti pula dengan Nadia ditempat ke-tiga.

“i” dalam nama tersebut merupakan diri peserta dan juga melambangkan kedudukan antarabangsa. “Sing” pula adalah minat dan kecenderongan seseorang itu dalam kerjaya menyanyi. Oleh itu, “i-SiNG” memberi peluang kepada seseorang itu untuk menonjolkan bakat nyanyiannya ke peringkat dunia dan merasa bangga dengan bakat dan kecenderungan yang mereka miliki.

Pasukan Malaysia dikelolakan dan dianjurkan oleh MyISing Malaysia. Pada tahun 2020, Rythymis Mines telah mendapat hak untuk menganjurkan kejohanan i-SiNG Dunia yang ke-4 di Kuala Lumpur.



    Leave a comment