Official Sound Track (OST) Mar Rak ini kini disiarkan secara rasmi di semua platform media sosial Pentas Wayang Production Sdn Bhd & Metrowealth.

Muzik video lagu ‘Seru Cinta’ terbitan Aby Studio and Entertainment menampilkan Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC dan Dyvianna James yang juga merupakan pelakon-pelakon utama filem Mar Rak dan penyanyi dalam Official Sound Track ini.

Menariknya, lirik lagu ‘Seru Cinta’ ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh Pengarah dan Penerbit filem Mar Rak, iaitu Dato’ T.S.Jeffry. Lirik ini diinspirasikan khusus untuk filem Mar Rak yang berkisarkan kisah percintaan sehingga terpaksa menggadai nyawa.

Idea, cerita asal serta olahan skrip dihasilkan oleh Dato’ T.S.Jeffry sendiri manakala skrip pula oleh Adza Waty dan Adza Emie.

Maklumat OST
Tajuk lagu: Seru Cinta
Lirik: Dato’ T.S.Jeffry
Lagu dan muzik: Kabir Bambu
Penyanyi: Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC & Dyvianna James
Durasi: 2 minit 20 saat
Rakaman : Aby Studio and Entertainment
Hak Cipta: Pentas Wayang Production Sdn Bhd
Filem ini telah mendapat kerjasama penuh daripada Kementerian Komunikasi Dan Digital (KKD) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) atas Dana Kandungan Digital (DKD) yang telah dibelanjakan bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan seterusnya dapat menemui penonton di pawagam pada 2 November 2023 seluruh Malaysia.
Jadi, hayatilah lirik SERU CINTA
Utusan demi utusan ku terima
Coretan nukilan tulus dari jiwa
Luahan rasa yang penuh bermadah
Terkulai diri menatapnya
Hati yang berdetik madah bagai terkunci,
Tak mampu melafazkan yang tersirat dihati,
Hidup terkadang indah bagai bulan purnama,
Kadang kala menyakitkan bagai tiba gerhana
Seandainya kita di takdirkan bersama
Kuserahkan seluruh jiwa dan raga,
Segala rintangan yang menghalangi cinta kita
Terhapuslah kewujudannya dari sealam maya
Seandainya aku diberi kesempatan
Kan ku cuba melemahkan seru yang bertandang
Warkah yang diutus bersama mentera jiwa,
Hanya pada Tuhan tempat ku meminta

Leave a comment