HAIRCAREBEAR TINGKATKAN PENAMPILAN DAN KEYAKINAN DIRI KEPADA GENERASI MUDA
“Di Haircarebear, kami percaya bahawa setiap individu adalah unik dengan cara mereka yang tersendiri dan boleh ‘bersinar’ dengan penampilan keunikan masing-masing. Dengan kerjasama rakan peruncit kami, Watson Malaysia, kami berharap untuk meningkatkan keyakinan diri dari kalangan belia Malaysia dengan membentuk perspektif dalaman yang dan menyokong anak- anak muda untuk membina asasi yang sihat untuk masa depan yang bertenaga,” kata Pengasas Haircarebear, Jimmy Seervai, yang merupakan salah seorang finalis MasterChef Australia yang mempunyai latar belakang dalam bidang pembuatan makanan.
Hasil tinjauan itu juga mendapati meskipun ramai generasi muda yakin dengan penampilan mata mereka, perbelanjaan bagi penjagaan mata adalah paling rendah. Manakala, tampilan wajah muncul sebagai faktor kedua paling utama yang mempengaruhi keyakinan, dengan 45% responden meletakkan ciri-ciri muka sebagai sifat fizikal yang paling menarik. Dan yang paling mengejutkan, rata-rata rakyat Malaysia lebih cenderung mencari keyakinan dan inspirasi melalui media sosial dan dari rakan sebaya, serta mengutamakan pendapat mereka berbanding keluarga.
Bagi menerokai perspektif belia terhadap kedalaman keyakinan diri dan kaitannya dengan sifat fizikal, satu sesi perbincangan panel yang dikendalikan oleh Alexis Sueann telah diadakan, dan disertai oleh personaliti berpengaruh iaitu model dan penyanyi, Juwei Teoh, pelakon dan pempengaruh sosial, Sharifah Rose, dan Pengasas Haircarebear, Jimmy Seervai, pada majlis pelancaran yang diadakan pada 19 Oktober lalu.
Perbualan panel tersebut mengikuti topik penting berkaitan tanggapan peribadi dan orang ramai mengenai keyakinan, dan menyelami perbezaan antara peranan keluarga, pengalaman, dan jangkaan masyarakat. Melalui perkongsian jujur dan kisah pengalaman yang menyentuh perasaan ini, satu kata sepakat berjaya dicapai: keyakinan adalah suatu perjalanan luaran dan dalaman, ia boleh dibentuk melalui interaksi dalam talian dan luar talian yang baik dan ikhlas, serta persekitaran yang menggalakkan bermula dari rumah dan komuniti kita.
“Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Watsons Malaysia. Keupayaan dan rangkaian pengedaran mereka memberikan kami sebuah platform yang mantap untuk mengukuhkan kedudukan kami di Malaysia. Kerjasama ini memastikan bahawa Haircarebear akan terus menjadi pilihan utama pengguna Malaysia apabila mereka memilih suplemen vitamin”
Seervai
Rangkaian produk Haircarebear yang disahkan Halal, mendefinisikan semula penjagaan diri, dengan rasa gummy yang enak. Gummy yang didatangkan dalam varian rendah gula dan tanpa gula ini mengutamakan penyerapan nutrien yang pantas, rasa yang enak, mesra pengguna, dan berkesan untuk meningkatkan kecantikan dalaman dan kesihatan secara keseluruhannya. Ini sangat berguna terutamanya bagi mereka yang tidak gemar atau menghadapi kesukaran untuk menelan pil.
Didatangkan dalam lapan perisa yang menarik, setiap satu daripadanya diadun teliti bagi memberikan manfaat khusus kepada tubuh badan:
Haircarebear Hair Gummies – Padat dengan nutrien untuk pertumbuhan rambut yang lebat.
Haircarebear Collagen Gummies – Diperkaya dengan kolagen laut yang memberikan khasiat kepada kulit.
Haircarebear Apple Cider Vinegar (ACV) Gummies – Memanfaatkan khasiat Cuka Epal Cider bagi meningkatkan kesihatan penghadaman.
Haircarebear Sweet Dreams Gummies – Adunan akar Valerian yang menenangkan, untuk mencapai tidur yang tenteram dan nyenyak.
Haircarebear ByeAcne Gummies – Diperkaya dengan probiotik bagi meningkatkan kesihatan perut dan mengurangkan jerawat.
Haircarebear Tummy Gummies – Ramuan strategik Garcinia Cambogia, L-Carnitine, dan Ekstrak Biji Kopi Hijau untuk meningkatkan metabolisme dan mengawal keinginan untuk pengambilan makanan bergula.
Haircarebear Chill Out Gummies – Campuran ashwagandha yang menenangkan dan melegakan otot untuk mengurangkan tekanan.
Haircarebear Glowhite Gummies – Padat dengan antioksida serta Vitamin C, E, dan B6 untuk meningkatkan kesihatan kulit dan menggalakkan gaya hidup yang aktif.
Dapatkan maklumat lanjut mengenai rangkaian produk Haircarebear di:
Leave a comment