SEMUA RESOLUSI AGM PT RESOURCES BERHAD DITERIMA PEMEGANG SAHAM

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para pemegang saham kami di atas kepercayaan dan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi. Kepercayaan mereka terhadap Kumpulan adalah asas kejayaan kami dan mendorong komitmen kami untuk lebih cemerlang.

Ia merupakan tahun yang luar biasa bagi kami. Kami mencatatkan pertumbuhan hasil yang kukuh pada TK2023, lonjakan yang luar biasa sebanyak 44.0% kepada RM502.6 juta, berbanding TK2022. Peningkatan ketara ini adalah disebabkan oleh permintaan dalam dan luar negara.”

Pengarah Urusan PT Resources, Heng Chang Hooi

Resolusi biasa yang merangkumi urusan rutin AGM telah diluluskan tanpa pertikaian. Selain itu, resolusi khas, berkaitan dengan cadangan pindaan kepada Perlembagaan Syarikat, juga mendapat kelulusan sebulat suara.

Syarikat juga telah mengisytiharkan dividen interim satu peringkat sebanyak 0.65 sen sesaham biasa berjumlah RM3.48 juta untuk tahun kewangan berakhir 30 April 2024 akan dibayar pada 10 November 2023. Ini merupakab agihan dividen pertama daripada Syarikat sejak penyenaraiannya pada September 2022.

Apabila pemulihan global berkembang dan dengan sempadan China dibuka semula secara beransur-ansur, PT Resources meramalkan momentum jualan yang berterusan. Ini disokong oleh usaha Kumpulan untuk memenuhi jumlah pelanggan yang semakin meningkat di luar negara, terutamanya melalui anak syarikat baharu di China dan Indonesia.

MENGENAI PT RESOURCES HOLDINGS BERHAD
PT Resources Holdings Berhad dan anak syarikatnya (“Kumpulan”) terlibat terutamanya dalam pemprosesan dan perdagangan produk makanan laut sejuk beku, dan perdagangan produk makanan lain. Kemudahan pemprosesan makanan laut Kumpulan terletak berhampiran jeti pendaratan ikan Kompleks LKIM di Kuantan, Pahang, yang merupakan antara lima jeti pendaratan ikan terbesar di Semenanjung Malaysia berdasarkan jumlah pendaratan ikan. Kumpulan menjual produknya di Malaysia, China, Arab Saudi, UAE dan Filipina. Kumpulan mempunyai tujuh cawangan yang terletak di wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia di bawah nama dagangan “MO FoodmartTM” dan “MO Wholesale CentreTM” serta pasaran dalam talian, “MO SignatureTM”.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.ptresourcesgroup.com.my/

Leave a comment