
MYDIN turut bekerjasama dengan Taaka Lee Studio dalam menganjurkan ‘Bombay Bazaar’ yang menawarkan pelbagai promosi makanan serta pakaian tradisional masyarakat India.

‘Bombay Bazaar’ ini turut melibatkan cawangan MYDIN Mutiara Rini (Johor), Seremban (Negeri Sembilan), Jasin (Melaka), Subang Jaya (Selangor) dan Ipoh (Perak) dan Bukit Mertajam ( Pulau Pinang).

“Kestabilan dan kemakmuran yang dikecapi hasil kerjasama semua kaum membolehkan setiap perayaan utama kaum di negara ini disambut bersama. Malaysia mampu mengecapi kemakmuran ketika banyak negara di dunia berdepan dengan isu hubungan perkauman. Kepelbagaian budaya adalah sebahagian daripada warisan Malaysia dan biar kita semua bangga dengannya,”
Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin
Selain bazar, MYDIN juga menyediakan persembahan kebudayaan dan muzik serta dekorasi hiasan ‘kolam’ yang menarik.

Dan tarikan lain sempena sambutan Deepavali ini adalah, MYDIN telah menjalin kerjasama dengan syarikat Trichy Marketing Sdn. Bhd. dan Cef Dave, Pempengaruh digital yang tidak asing lagi di Malaysia, melancarkan ‘Paati Veedu’ video masakan vegetarian 15 hari 15 resipi dalam usaha mempromosi keunikan dan keenakan masakan tradisi India. Pelanggan yang ingin mencuba resipi-resipi Cef Dave boleh mendapatkan barangan masakan tersebut di TikTok Shop MYDIN Malaysia.
Di samping itu, MYDIN turut bekerjasama dengan rakan e-dompet, MCash bagi menawarkan pulangan tunai sebanyak RM10 bagi pengguna MCash yang berbelanja RM100 di dalam satu resit.
Bagi meraikan nasib golongan kurang bernasib naik, MYDIN menerusi program tanggungjawab sosial korporat MYDIN Prihatin bekerjasama dengan rakan pembekal Apurva Garden Tea, Medimix, Barnsberry, Bestari, Beeqeh, Buttercup, Enricos, Energizer, Fogg, Kawan, Sunrise Sunglow, Tisha’s dan banyak lagi bagi menyumbangkan sejumlah dana dari pembelian produk jenama terpilih. Dana terkumpul tersebut akan disumbangkan kepada masyarakat India yang memerlukan dengan menyalurkan sebanyak 500 bakul Rahmah secara berperingkat kepada keluarga masyarakat India di Subang Jaya dan PPR Desa Mentari, Taman Medan (Selangor), Seremban (Negeri Sembilan), MITC (Melaka) dan Kulai (Johor).
Sebarang makluman lanjut mengenai kempen yang berlangsung sehingga 30 November ini, layari laman media sosial atau sesawang rasmi MYDIN Malaysia di www.mydin.my.

Leave a comment