Filem yang diterbitkan oleh Aquila Emas Sdn Bhd ini bakal ditayangkan di pawagam pada 16 November nanti. Ia telahpun dipertontonkan kepada tetamu-tetamu jemputan serta wakil media dalam satu majlis pengenalan filem tersebut.

Dalam majlis itu, tetamu diperdengarkan dengan enam buah lagu daripada “Digital Soundtrack Album Tetiber” termasuk OST “Tiga Raga” yang mendapat sentuhan an award winningkomposer terkenal tanah air dan antarabangsa iaitu Zee Avi dan Sharon Paul.
Menurut Encik Syarizan Md Isa, Pengarah Urusan Aquila Emas Sdn Bhd, file ini sebenarnya telahpun ditayangkan secara rasmi di Asian Content & Film Market (ACFM), Busan, Korea Selatan pada 7 hingga 10 Oktober lalu sempena Busan International Film Festival yang merupakan satu festival filem yang diadakan setiap tahunan di negara itu.

“ACFM memberi pendedahan kepada saya kepada trend, permintaan pasaran antarabangsa dan peluang usahasama dengan syarikat penerbitan serta pengedaran filem di luar negara. Lanjutan daripada itu, beberapa siri perbincangan usahasama sedang dilaksanakan hingga hari ini”

Manakala, Zizan Nin yang berpengalaman selama 25 tahun dalam bidang lakonan dan mengarah beberapa telemovie khas bangga diberi kepercayaan mengarah filem “Sazali Meor Coco” ini. Beliau gembira dapat mencungkil bakat-bakat baru yang mempunyai potensi dalam bidang lakonan dan pastinya menjadi pelapis di masa hadapan. Atas keyakinan dengan bakat-nakat bru ini, maka beliau mempertaruhkan Syazani Zikry, Shahradhy dan Iman Zulkarnain sebagai tunjang utama dalam filem ini.

“Filem ini mudah untuk difahami oleh pnonton dan konflik yang dipaparkan amat relevan dengan situasi kini iaitu ditindas akibat kurang ilmu dan pengalaman, kemiskinan bandar, penderaan kanak-kanak, masalah gelandangan dan pempengaruh menjadi popular disebabkan ledakan pengaruh media sosial”
Pihak produksi Awuila Emas Sdn Bhd serta edaran METROWEALTH mengucapkan jutaan terima kasih dan mengharigai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) atas DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) yang telah dibenjakan bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan seterusnya dipertontonkan ke pawagam.
Jadi jangan lepaskan peluang menonton filem “Sazali Meor Coco” yang menjanjikan kelainan, banyak bermain emosi gembira, sedih, hiba dan sebagainya.

Leave a comment