Peminat dan pengumpul koleksi tempatan sememangnya cukup bertuah kerana Malaysia sekali lagi dipilih sebagai negara pertama di luar Jepun untuk bertemu Ultra hero terbaharu, ULTRAMAN BLAZAR.

Pasti ramai yang teruja dan tidak sabar untuk bersemuka dengan patung ‘ULTRAMAN BLAZAR’ bersaiz manusia yang diukir berdasarkan ‘S.H.Figuarts’.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bergambar bersama hero gagah setinggi 2 meter ini, yang dijangka akan menjadi tumpuan ramai!

JELAJAH ULTRA HEROES ini dibawakan oleh Bandai Spirits Co. Ltd. dengan kerjasama Bandai Namco Asia Co. Ltd., di bawah naungan jenamanya, Tamashii Nations.

Pelbagai aktiviti menarik ditawarkan di acara JELAJAH ULTRA HEROES ini dan pastinya akan memikat hati dan memberi imaginasi peminat-peminat ULTRAMAN yang kebanyakannya membesar menonton siri aksi ikonik dari Jepun yang sehingga kini masih mempunyai tarikan tersendiri.
Persembahan tahun ini tidak kurang hebatnya jika dibandingkan tahun sebelum ini dimana peminat berpeluang menyaksikan dengan lebih dekat aksi-aksi sinematik yang mengujakan dan melonjakkan paras adrenalin, antara ULTRAMAN BLAZAR dan VOLCAN (The Magma Invasion Army Admiral).
Jangan ketinggalan menonton tayangan video istimewa menampilkan bintang Jepun, Tomoya Warabino yang mendukung watak Gento Hiruma dalam ULTRAMAN BLAZAR.

Acara JELAJAH ULTRA HEROES ini akan meninggalkan memori kepada pengunjung apabila ia turut dimeriahkan dengan diorama menarik figura-figura terbaharu dari Tamashii Nations. Bukan sekadar persembahan siri Ultraman S.H Figuarts, bahkan ia turut membawakan IP popular lain seperti ‘ONE PIECE’, ‘SPY x FAMILY’, ‘MASHLE’ dan ‘HELL’s PARADISE’.
Jadi, pastikan anda mengosongkan jadual anda untuk menyaksikan sendiri persembahan pertama ultra hero kesayangan ramai ini pada 1 Disember, jam 7 malam. Persembahan ulangan pula dijadualkan pada hujung minggu iaitu 2, 3, 9 dan 10 Disember, pada jam 1 petang, 4 petang dan 7 malam untuk setiap tarikh. (*Jadual ini tertakluk pada perubahan tanpa notis awal.)

Singgahlah di kaunter jualan istimewa jika timbul keinginan untuk membawa pulang cenderahati selepas melihat figura berkualiti tinggi di sini. Tanda kenangan ini pasti akan menceriakan lagi koleksi anda!
Untuk peminat setia anime dan figura kami, Tamashii Nations juga akan membawakan 3 barangan eksklusif baharu pada acara ini iaitu ‘S.H.Figuarts Ultraman ZERO – Clear Color ver.’, ‘S.H.Figuarts Ultraseven (THE MYSTERY OF ULTRASEVEN)’ dan ‘FiguartsZERO [Extra Battle] Super Saiyan 3 SON GOKU-Dragon Fist Explosion – Exclusive Edition’. Bahkan ‘S.H.Figuarts Ultraman (THE RISE OF ULTRAMAN)’ juga boleh diperolehi di sini.
Peminat dan pengumpul koleksi Tamashii Nations berpeluang membeli barangan eksklusif yang pada asalnya hanya dijual di Gedung Tamashii Nations dan Tamashii Spot. Caranya mudah sahaja, hanya pergi kaunter jualan istimewa dan anda tidak perlu lagi bersusah-payah terbang ke luar negara untuk memilikinya.
Selepas acara di Malaysia, ultra hero kesayangan ramai ini dijadualkan akan ke kota Asia Tenggara lain termasuklah di Thailand dan Indonesia untuk bertemu peminat di sana!
Sila log masuk ke laman Facebook rasmi ‘Tamashii Nations South Asia’ untuk mendapatkan makluman terkini.
Mengenai TAMASHII NATIONS
Berpangkalan di Tokyo, Jepun, TAMASHII NATIONS adalah jenama barangan koleksi premium daripada Bandai yang berdedikasi untuk mencipta figura-figura berkualiti tinggi. Jenama-jenama di bawahnya termasuk METAL BUILD, S.H.Figuarts, Soul of Chogokin dan The Robot Spirits.
Laman rasmi Facebook “Tamashii Nations South Asia”:https://www.facebook.com/Tamashii.Nations.South.Asia
Jabatan Koleksi Mainan rasmi BANDAI SPIRITS Co. Ltd.: https://tamashii.jp/
Mengenai PREMIUM BANDAI
PREMIUM BANDAl adalah gedung dalam talian rasmi BANDAI yang hanya menyediakan koleksi-koleksi edisi eksklusif, terhad dan perlu ditempah awal. Sepanjang acara, item-item eksklusif Ultraman yang hanya dijual secara dalam talian juga akan ditawarkan di PREMIUM BANDAI.
Gedung rasmi PREMIUM BANDAI di Shopee Mall: https://shopee.com.my/p_bandai.os
Laman rasmi Facebook “PREMIUM BANDAI Asia”: https://www.facebook.com/pbandai.asia
Mengenai ULTRAMAN BLAZAR
Inilah watak Ultraman yang dimainkan oleh Gento Hiruma. Si gagah Giant of Light (Gergasi Cahaya) ini berasal dari M421, sebuah blazar yang jauh dari Bumi. Apabila Gento mahukan kuasa demi menegakkan keadilan, alat transformasi, Blazar Brace akan muncul di lengan kirinya. Sambil meresapkan keinginannya ke dalam kristal Blazer Stone, yang menyimpan kuasa cahaya, Gento kemudian memindahkannya ke Blazer Brace dan bertukar menjadi Ultraman Blazar.
Ketinggian : 47 meter
Berat : 42,000 tan

Leave a comment