HIASAN BERTEMA GULA-GULA TARIK PENGUNJUNG SAMBUT KRISMAS DI AVENUE K

Pelbagai hadiah menarik dan aktiviti yang ditawarkan oleh Avenue K sempena sambutan Krismas tahun ini.

Ganjaran untuk ahli AK App

Sebagai tanda penghargaan Avenue K Shopping Mall memberikan ganjaran dan peluang penebusan yang menarik dari diskaun eksklusif hingga hadiah perayaan, dengan tujuan menyebarkan semangat kemurahan hati dan rasa terima kasih yang sinonim dengan Krismas.

Ahli AK App yang membelanjakan RM500 dan ke atas dalam kombinasi maksimum 2 Resit boleh membawa pulang mangkuk porselin Avenue K Shopping Mall eksklusif, manakala mereka yang membelanjakan RM350 dan ke atas juga dalam kombinasi maksimum 2 resit boleh menebus baucar tunai Samba Brazilian Steakhouse bernilai RM100.

Bukan itu sahaja, LIMA pembeli bertuah juga akan membawa pulang hadiah dari C. Michael London dan Leather Avenue. Pembungkus hadiah percuma juga disediakan, jadi jangan risau untuk membuat pembelian hadiah dalam kuantiti yang banyak.

Pemberian baucar eksklusif dan hadiah percuma turut disediakan oleh penyewa di Avenue K Shopping Mall untuk ahli AK App.

Untuk senarai penuh penyewa yang mengambil bahagian, bolehlah lawati laman web Avenue K Shopping Mall.

Aktiviti-aktiviti menarik

Menambah rentak irama sambutan perayaan, Avenue K turut menampilkan persembahan muzik oleh Primrose Hill Active Learning, live show oleh Kelab Belia Setiakawan, tarian daripada Santarinas, dan berpeluang untuk bertemu Santa Claus yang akan berjalan sambil memberi hadiah.

Pengujung juga boleh mengambil bahagian dalam pertandingan Foto/Video Facebook, di mana tiga peserta paling kreatif akan memenangi hadiah bernilai RM150. Peserta boleh bergambar di empat lokasi khusus di Avenue K Shopping Mall, iaitu pokok Xmas gergasi di atrium tingkat bawah, di atas tangga di tingkat 3, bumbung di tingkat 4 dan sudut kreatif di tingkat UC/C.

Selesai membeli barang dan takut akan kesesakan?

Guna kod promo RM5 “AVENUEKRIDE” untuk 1000 pembeli pertama yang menempah perjalanan dengan AirAsia Ride, dan anda akan dihantar terus ke rumah anda.

Oleh itu, jangan berlengah! Dapatkan semangat Krismas anda dalam ayunan penuh hari ini dengan melawat Avenue K Shopping Mall, hiasan sweet candy yangmenarik menanti anda.

Leave a comment