
“Di Suria KLCC, semangat perayaan bukan lah hanya dengan membeli-belah; tetapi ianya adalah sambutan yang melambangkan kegembiraan serta semangat kekeluaragaan pada setiap saat. Berdiri megah setinggi 100 kaki, Pokok Krimas ini melambangkan komitmen kami untuk memupuk keceriaan di seluruh bandar Kuala Lumpur,”
Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif, Suria KLCC Sdn Bhd

Dunia magis ‘Gingerbread Christmas Village’ di perkarangan Centre Court menawarkan pelbagai binaan yang mempesonakan, dari ‘icing’, gula-gula berwarna-warni dan juga air terjun coklat ‘Gingerbread’, menyerikan lagi suasana perayaan Krismas.

Namun, dekorasi yang pastinya menarik perhatian pengunjung adalah menara jam ‘Gingerbread Clock Tower’ interaktif dimana ‘Gingerbread Man’ akan menari sebaik sahaja muzik berirama Krismas dimainkan pada setiap jam.
Pengembaraan kampung Gingerbread diteruskan dengan ‘Gingerbread Toyshop’ yang dilengkapi ‘photobooth’ bagi mereka yang ingin mengabdikan kenangan, selain pelbagai hadiah yang menarik untuk pengunjung mencipta memori indah bersama yang tersayang dan teman-teman.

Pengalaman tidak terhenti disitu sahaja apabila anda juga berpeluang untuk menyampaikan mesej bermakna kepada yang tersayang melalui pengeposan poskad. Menariknya, poskad Krismas ini siap dilengkapi dengan setem istimewa Suria KLCC yang hanya boleh didapati melalui pembelian Pin Suria KLCC.

Sumbangan pengunjung ini akan disalurkan kepada Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan yang memperjuangkan isu-isu kesihatan mental.
Sempena dengan sambutan Krismas kali ini, Suria KLCC juga telah menderma sebanyak RM3,000 kepada Yayasan ‘Dignity for Children’ yang dilihat sebagai salah satu inisiatif murni bagi tanggungjawab sosial dan korporat.
Sepanjang sambutan perayaan Krismas di Suria KLCC, pengunjung berpeluang untuk menyertai Kuiz ‘Gingerbread Man Personality’ bagi merungkai persona mereka selain menerima pin edisi terhad ‘Gingerbread Man’.

Sambutan Krismas di Suria KLCC disasarkan akan lebih meriah pada hujung minggu dan juga pada Hari Krismas dengan kemunculan ‘Santa Claus’ dan ‘Ms. Claus’. ‘Gingerbread Bakery & Candy Shop’ juga menjemput pengunjung untuk mendekorasi biskut Krismas yang menarik untuk dibawa pulang.
Di Esplanade KLCC, pengunjung sekali lagi pasti akan terpukau dengan kehadiran Pokok Krismas ikonik yang tertinggi di Malaysia, penuh dilengkapi dengan perhiasan yang bertemakan ‘Gingerbread’.
Untuk keriangan berganda, pengunjung yang berbelanja RM 1,500 ke atas melalui 2 resit akan menerima sekeping e-baucar Suria KLCC yang bernilai RM100.
Sambutan Krismas juga diraikan di:
Pusat Beli-Belah Alamanda, Putrajaya

Tema “Gingerbread Christmas Village’ juga membuat penampilan buat sambutan hujung tahun di Alamanda Putrajaya. Perkarangan ‘Centre Court’ ditransformasikan dengan hiasan dan dekorasi perayaan yang memukau bermula dari 24 November 2023 sehingga 1 Januari 2024. Tidak kurang dari itu, para pengunjung berpeluang untuk menonton persembahan dan juga menyertai aktiviti hiburan yang dilihat bakal menggamit lagi kemeriahan sambutan cuti akhir tahun.
Dalam tempoh keberlangsungan perayaan ini, pelbagai aktiviti akan diadakan untuk pengunjung dewasa dan kanak-kanak pada hujung minggu dan Hari Krismas. Persembahan tarian, persembahan silap mata, persembahan kawad pancaragam adalah antara pelbagai aktiviti menarik selain daripada persembahan joget dan berbasikal oleh Santa. Sesi beramah mesra bersama Santa Claus akan diadakan pada ambang malam Hari Krismas selain dari Hari Krismas tersebut. Bagi menyerlahkan bakat pengunjung kanak-kanak yang terdiri daripada ahli VIKids, mereka berpeluang untuk menyertai aktiviti istimewa dekorasi rumah ‘Gingerbread’ menggunakan ‘popsicle’.

Pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima baucar beli-belah Alamanda yang bernilai RM30 melalui ‘Shoppers Rewards Programme’. Sementara itu, pembeli yang mencatat rekod tinggi dengan jumlah pembelian RM1,500 dan ke atas akan menerima baucar bernilai RM80.
Mesra Mall, Terengganu
Keindahan sambutan Krismas bakal dirasai dan dilihat di Pusat Beli-Belah Mesra, Kemaman, Terenggan bermula dari 1 sehingga 31 Disember 2023. Dalam tempoh ini, para pembeli yang berbelanja RM350 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih berpeluang menebus ‘Mesra Mall 2024 Planner’ yang terhad untuk 500 tebusan sahaja.
Berikutan sambutan cuti akhir tahun, Pusat Beli-Belah Mesra juga akan mengadakan Bengkel Sains VIKids bermula dari 21 sehingga 25 Disember. Bengkel yang berkonsepkan makmal mini ini akan menampilkan enam aktiviti interaktif. Peserta yang berjaya menyertai keseluruh aktiviti akan menerima Kit Eksperimen Sains yang dilihat akan memberikan sentuhan pendidikan untuk sambutan cuti akhir tahun mereka.
Untuk ahli VIKids dan juga ibu-bapa mereka, bengkel tanah liat ‘Gingerbread’ yang akan diadakan pada 16 dan 17 Disember ini akan menghalusi sudut kreativiti mereka bersama. Pada Hari Krismas, Santa Claus akan membuat penampilan istimewa dengan memberikan gula-gula secara percuma untuk mengimarahkan semarak sambutan cuti akhir tahun di Pusat Beli-Belah Mesra.
Untuk info lanjut, layari:
⦁ Suria KLCC – ⦁ www.suriaklcc.com.my⦁ / ⦁ www.facebook.com/SuriaKLCCMall
⦁ Alamanda – ⦁ www.alamanda.com.my⦁ / ⦁ www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
⦁ Mesra Mall – ⦁ www.mesramall.com⦁ / ⦁ www.facebook.com/MyMesraMall

Leave a comment