Persatuan Cinta Gaza Malaysia yang dipelopori oleh Tuan Nadir Al-Nuri, berhasrat untuk membina semula kawasan di Genting Gaza.

Maka usaha sama bersama Niyat Group yang berpengalaman besar dalam penganjuran konsert-konsert konsert Islami sebelum ini seperti di Malaysia, Morocco, Mesir dan United Kingdom, diharapkan dapat merealisasikan perjuangan Persatuan Cinta Gaza Malaysia ini.
Menurut Dr. Fitri Haris, perunding dan juga pengarah konsert ini, yang ditemui sewaktu sidang media berkata bahawa penganjuran konsert ini adalah untuk menangkis stigma masyarakat bahawa semua konsert membawa konotasi yang negatif.

Sebut sahaja konsert, orang selalu kaitkan dengan perkara-perkara yang tidak baik sedangkan jika dilakukan dengan cara yang betul, banyak manfaat yang boleh kita nikmati. Inilah peluang dan masa mereka datang beramai-ramai untuk membeli tiket, menghayati pengisian rohani sambil menderma sebagai tanda solidariti untuk saudara-saudara kita di Palestin”
Sebanyak 15 trek yang mengandungi 7 buah alunan zikir dan 8 lagu akan dipersembahkan pada malam konsert dan diketuai oleh kumpulan nasyid yang terkenal dan tular dengan Doa Qunut Nazilah iaitu Kumpulan Nasyid UNIC.

Menariknya, artis-artis yang akan muncul di dalam konsert tersebut dibawakan oleh NGO dan syarikat rakaman masing-masing secara percuma bagi menjayakan konsert. Antara yang terlibat adalah Pertubuhan Peduli Insan Malaysia yang membawakan artis-artis UNIC, Inteam dan Ustazah Farhatul Fairuzah, manakala Syria Care pula akan menampilkan Furqan Fawwaz dan ramai lagi.

Orang ramai dijemput datang seawal jam 10 pagi kerana terdapat pelbagai aktiviti dan pengisian yang disediakan untuk mereka antaranya pameran, pertandingan, reruai jualan dan sebagainya. Semuanya akan berlangsung sepanjang hari sehingga waktu konsert diadakan.
Konsert ini dijangka akan dihadiri oleh tetamu-tetamu elit dan kenamaan serta usahawan-usahawan tempatan.
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Mega Zikir Terapi 4 Palestine: Harmony for Humanity sebagai tanda sokongna kepada Palestin. Sasaran kutipan bagi pembangunan dan tabung kecemasan Palestin adalah RM1 juta dan hasil daripada pembelian tiket konsert akan disalurkan 100% sepenuhnya ke Tabung Cinta Gaza Malaysia.
Jualan tiket bermula pada 6 Disember 2023 dan boleh didapatkan menerusi laman web MyTicket.Asia.
Penaja utama dan penaja bersama dialu-alukan bagi menjayakan konsert kemanusiaan ini.
Anjuran : Cinta Gaza Malaysia | NIYAT Group.
Dengan Kerjasama : Istana Budaya.
Rakan – Rakan Strategik : Starvilion | Syria Care | Zayan | Peduli Insan | Wild Studio | MyTicket Asia.

Leave a comment