SAMBUTAN KRISMAS DI PAVILION KUALA LUMPUR PENUH DENGAN SUASANA MAGIS DAN MISTIK

Tema ‘Krismas-Cinta & Magic’ diambil sejajar dengan Perayaan ‘Love Pavilion’ sepanjang tahun serta sambutan ulang tahun ke-15.

Pengunjung yang datang boleh pastinya akan kagum melihat pokok Krismas yang tergantung sambil melakukan pusingan, pokok kristal yang berkilauan, haiwan-haiwan comel yang memanggil anda apatah lagi ada antara haiwan ini yang bergerak, untuk sama-sama mengalami detik-detik yang tidak dapat dilupakan sempena meraikan Krismas dengan keluarga serta teman-teman.

Alamilah suasana magis dan rasa cinta disini sehingga 7 Januari 2024 nanti.

Sebaik sahaja anda memasuki pintu utama Pavilion Kuala Lumpur, anda pastinya akan terpesona dengan hiasan dekor Krismas ‘pertemuan ajaib’ Cartier, yang diilhamkan oleh elemen seni bina Butik Cartier.

Kemudian, bayangkan anda didalam airship Cartier untuk menikmati perjalanan membelah awan! Pengunjung boleh bermain permainan ‘The Fabulous Cartier Journey’ dan mengumpul seberapa banyak permata yang mungkin semasa mengemudi airship Cartier ini!

Pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti yang disediakan di tengah-tengah hiasan yang mempesonakan, dalam masa sama meraikan semangat sambutan Krismas.

Antaranya, pengalaman realiti maya ‘DJI Avata Experience’ yang membawa anda melalui langit dengan giring terbang berkelajuan tinggi, berpusing-pusing menaiki carousel, mengambil gambar bersama-sama beruang kutub animatronik setinggi 10 kaki dan pelbagai lokasi Instagrammable untuk merakam detik-detik berharga bersama rakan dan keluarga ditemani lagu-lagu Krismas, penampilan Maskot Santa, menyertai sesi bertemu dan menyambut Santa serta bercerita untuk kanak-kanak.

DJI juga akan menganjurkan pertandingan ‘Snap & Win’ di kedai pop-up mereka di Centre Court dari 21 November 2023 hingga 7 Januari 2024. Pembeli berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM10, 000, termasuk jenama baru DJI Mini 4 Pro, OSMO Mobile 6, dan barangan DJI edisi terhad. Untuk menyertai, peserta hanya perlu ‘Like’ Halaman Facebook DJI dan Pavilion KL, kemudian berkongsi foto Instagram paling kreatif yang diambil di tengah-tengah hiasan Krismas di Pavilion KL, menggunakan hashtag #DJIxPavilionKL dan #pklchristmaslovemagic.

10 pembeli terbanyak bagi musim perayaan ini akan menerima telefon iPhone 15 (256GB) terkini. Sementara itu, pembeli dengan pembelian melebihi RM1,000 atau RM3, 000 dalam satu resit dengan kad kredit atau kad caj Maybank di kedai khusus dan kedai F&B* masing-masing boleh menebus gelas Hydro Flask (355ml) atau Hydro Flask (532ml).

Untuk maklumat lanjut mengenai acara dan promosi ‘Christmas – Love & Magic’ Pavilion KL, sila:

  • layari www.pavilion-kl.com
  • hubungi Concierge Pavilion Kuala Lumpur di 03 2118 8833
  • Menyemak kemas kini masa nyata di Facebook, Twitter atau Instagram Pavilion Kuala Lumpur.

Leave a comment