‘SANTA’S BIG CHRISTMAS’ TEMA KRISMAS 2023 DI PAVILION BUKIT JALIL

Selain membeli-belah, pengunjung tanpa mengira kategori usia boleh menghasilkan muzik mereka sendiri di jalan piano terpanjang di Malaysia yang disediakan dalam pusat beli-belah ini.

Anda juga boleh mengambil bahagian dalam tawaran penebusan yang menarik sepanjang musim perayaan ini di mana anda perlu membelanjakan RM300 dalam satu resit dan berpeluang menebus 1x Blue Ice Skating baucar * atau meningkatkan pengalaman beli-belah dengan berbelanja sebanyak RM500 untuk menerima 1x Blue Ice Snow Park baucar*. Menarik bukan?

Disamping membeli-belah, anda boleh menonton perarakan dan persembahan yang meriah, menunggu penampilan Santa serta menyertai bengkel dan aktiviti-aktiviti bertema Krismas sehingga 1 Januari 2024.

Namun, kemuncak aktiviti di sini adalah persembahan Piano besar oleh empat penari pada pukul 3 petang, 25 November, 25 Disember dan 1 Januari 2024. Pengunjung juga boleh menikmati persembahan orkestra dan ukulele yang diadakan secara mingguan oleh Orkestra kanak-kanak Clap & Tap, bertemu dengan Santa dan Santarina.

Jangan lupakan tandakan di kalendar anda, tarikh-tarik ini iaitu 25 November dan 9, 16, 23 dan 25 Disember, pukul 4 petang!

Satu kumpulan Santa berwarna-warni bernama Cuddly, Silly, Jolly, Dreamy, dan Witty Claus akan memulakan perarakan Santa dengan persembahan tarian di pentas utama Centre Court secara tak langsung membawa kegembiraan perayaan kepada semua orang di pusat beli-belah ini.

Anda juga boleh melawat ruang pameran ulang tahun ke-20 animasi TV NARUTO yang akan berakhir pada 31 Disember 2023, dan B★VERSE, Singing the Stars Immersive Exhibition World Tour bermula 1 Disember 2023 hingga 10 Mac 2024). Jangan ketinggalan untuk menyaksikan pameran hebat ini.

Kabulkan Impian melalui Make A Wish Malaysia

Berikutan kerjasama tahun lepas dengan Make A Wish Malaysia, Pavilion Bukit Jalil terus komited memberi kembali kepada masyarakat dan menjadikan satu kenyataan hasil kerjasama Universiti UCSI.

Kanak-kanak boleh meletakkan hasrat Krismas mereka di kad dan menggantungkan kad mereka di pokok amal Krismas besar dari 22 November 2023 dan seterusnya dan pada 17 Disember nanti, 1,000 kanak-kanak ini akan dijemput untuk majlis pemberian hadiah di Blue Ice Snow Park.

Keistimewaan untuk ahli Pavilion Privileges

Terdapat juga hadiah untuk dimenangi secara eksklusif untuk ahli Pavilion Privileges yang berjaya menyelesaikan cabaran Santa Mission antara 11 pagi-12 petang, 2-3 petang, 5-6 petang, 8-9 malam setiap hari perayaan Krismas, namun anda perlu cepat menyertai cabaran ini kerana hanya had 120 baucar sehari, jadi lebih baik lebih awal dan jangan ketinggalan!

Selain itu, ahli Pavilion Privileges boleh menghadiri Member’s Experience Event dan juga Member’s Beauty Experience Event pada 16 serta 17 Disember 2023, manakala ahli Junior Pavilion Privileges pula dijemput menyertai Bengkel Santa pada 11 dan 15 Disember.

Pavilion Bukit Jalil memenuhi semua keperluan membeli-belah, makan, dan hiburan anda pada musim perayaan ini. Sama ada krim tangan dan lilin dari Bath and Body Works, pencuci mulut dari dalam Scoop dan Beard Papa, menyanyi lagu Krismas kegemaran anda di K11 Karaoke, atau menangkap filem Krismas terkini di TGV Cinemas, dapatkan inspirasi dan nikmati pengalaman Krismas yang unik untuk seluruh keluarga dengan menyemak buku percutian Pavilion Bukit Jalil.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi ‘Santa’s Big Christmas Celebrations’ Pavilion Bukit Jalil, lawati:

Leave a comment