

Taman ini menawarkan trek dengan kepanjangan lebih dari 1.6 kilometer, terdiri dari EMPAT trek unik iaitu:
- Legend
- Ultra
- Gravity,
- Express
Setiap trek menjangkau sehingga 650 meter panjangnya.

Gamuda Gardens juga akan menjadi perintis kepada terowong terpanjang yang pernah dibina dalam portfolio Skyline yang telah menjadi tuan rumah kepada lebih daripada 50 juta perjalanan di seluruh dunia. Menariknya, terowong ini akan dinyalakan dengan ciri lampu LED animasi.
Skyline Luge dicipta pada tahun 1985 dan dimiliki oleh pengendali pelancongan global, Skyline Enterprises, yang berpangkalan di New Zealand. Skyline Luge Kuala Lumpur akan menjadi taman Luge pertama di Malaysia, tapak Luge ke-8 di dunia, dan ke-2 di Asia Tenggara.

Selain Luge Ride, pengunjung juga boleh mencuba Skyride, lif kerusi yang membolehkan anda menikmati panorama sekitar Gamuda Gardens.

Sempena cuti sekolah ini, bolehlah bawa anak-anak merasai keseronokan luging. Taman ini dibuka dari hari Khamis hingga Selasa, dengan waktu operasi dari jam 10 pagi hingga 6 petang; manakala pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, taman ini akan dibuka sehingga jam 10 malam, dan ia ditutup pada hari Rabu.
Skyline Luge pastinya menjanjikan pengalaman yang menggembirakan untuk seisi keluarga kerana ia bukan sahaja membuatkan anda berdebar-debar sewaktu menaiki Skyride, mengemudi Luge Rider, malah anda akan merasai keseronokan yang ditawarkan di FunPark dan Escapades serta Big Bucket Splash. Ketiga-tiga tarikan dinamik ini akan membuatkan anda memilih sebagai destinasi utama bagi rekreasi keluarga kerana ia menawarkan gabungan pengembaraan, hiburan dan keseronokan yang tidak dapat dilupakan semua peringkat umur.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi salah seorang yang pertama mengalami Luge dan mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama rakan dan keluarga anda dengan mendapatkan tiket anda dalam talian sekarang!
Kekal berhubung dengan kami di Facebook dan Instagram untuk maklumat terkini mengenai Skyline Luge Kuala Lumpur-undur untuk keseronokan bermula sekarang!
Akaun media sosial rasmi Skyline Luge Kuala Lumpur:

Leave a comment