GRADUAN PROGRAM ‘KEJAR KERJA’ DIRAIKAN DALAM ACARA BERSEJARAH

Program perantisan ini direka khas untuk membentuk laluan kerjaya berstruktur bagi wanita muda dalam industri kreatif. Ia diadakan hasil usaha kerjasama antara WOMEN:girls, NIVEA dan Watsons, bukan sahaja memperkayakan serta meningkatkan pengalaman peserta tetapi juga mengukuhkan kerjasama yang bermakna dan memberi impak yang besar kepada semua yang terlibat.

Izza Izelan, Pengarah Eksekutif WOMEN:girls, dalam menggambarkan impak ketara program Kejar Kerja telah berkata,

“Berteraskan kepercayaan kami bahawa setiap wanita muda berhak merealisasikan aspirasinya dan menjamin masa depan yang sejahtera, WOMEN:girls memulakan program Kejar Kerja pada tahun 2016, dan setelah bertahun-tahun, inisiatif ini telah berkembang pesat bersama rakan strategik dan mentor kami yang berdedikasi. Kami telah menyaksikan ramai wanita muda muncul daripada program perantisan ini menjadi lebih bermotivasi, berkemahiran dan keyakinan untuk membantu diri mereka sendiri dan juga komuniti mereka. Perkembangan yang luar biasa dan daya tahan para perantis kami adalah bukti masa depan cerah yang sepatutnya layak mereka miliki. Harapan kami adalah untuk mereka membina dan mengekalkan momentum yang dicapai walaupun selepas tamatnya program ini.”

WOMEN:girls telah berjaya memberi impak positif kepada lebih 20,000 individu sejak sedekad yang lalu. Namun, pencapaian tersebut hanya mampu dicapai dengan sokongan daripada rakan-rakan strategik seperti NIVEA dan Watsons, yang telah memainkan peranan penting dalam memperkasa dan memperkayakan kehidupan wanita muda di Malaysia.

“Kerjasama dengan NIVEA dan Watsons adalah penting dalam merealisasikan visi program Kejar Kerja. Menyamai dedikasi NIVEA terhadap pemerkasaan individu dan perubahan positif, sokongan jenama terkenal ini telah memainkan peranan penting dalam memupuk generasi baru wanita muda yang berkeyakinan dan berkemahiran dalam kecantikan dan industri kreatif. Sementara itu, penglibatan Watsons Malaysia menonjolkan komitmen mereka untuk memupuk pemimpin masa depan dalam sektor kesihatan dan kecantikan, sejajar dengan matlamat syarikat tersebut untuk menjana impak sosial yang positif dan menggalakkan pertumbuhan profesionalisme di Malaysia. Perkongsian ini telah menjadi sebahagian daripada misi bersama kami dalam memajukan lagi pembangunan sosial di negara ini,” kata Izza.

Acara graduasi ini bukan sahaja meraikan pencapaian perantis tetapi juga melambangkan usaha kolektif dan dedikasi setiap yang terlibat dalam menjadikan program Kejar Kerja sebagai platform untuk memacu peluang dan menjana pemerkasaan.

KF Bong-Jurusolek Selebriti

Peserta-peserta program dibimbing oleh tokoh-tokoh industri yang terkenal antaranya:

  • Kim May Chee (pengasas COCOdry)
  • Adlina Nadirah (pengasas Velvet Vanity Cosmetics)
  • Nadia Halim (pengasas Blip by Nadia Halim)
  • Nelissa Hilman (pengasas dan pengarah kreatif Nelissa Hilman)
  • KF Bong (jurusolek selebriti)
  • Melinda Looi (pereka fesyen)
  • Warnabilla (jurusolek)
  • Jastina (jurusolek dan pengasas J Beauty Shop)
  • Sereen Eng (pakar rias kuku dan pengasas POSH Malaysia)
  • Ummi Nasir (jurusolek dan pencipta kandungan)
Nelissa Hilman-Pengasas dan Pengarah Kreatif Nelissa Hilman

Kesemuanya berkongsi ilmu dan kemahiran yang berharga pada mereka, demi membentuk dan mngembangkan kemahiran profesional perantis-perantis ini.

Nadia Halim (Pengasas Blip by Nadia Halim)

Program Kejar Kerja merangkumi TIGA fasa utama iaitu, Pengambilan, Orientasi dan Perantisan. Ia telah bermula dengan program pemilihan yang ketat. 10 peserta yang dikenal pasti mempunyai kualiti bakat luar biasa telah dipilih untuk latihan selama dua bulan dalam industri kecantikan. Program ini secara unik menggandingkan peserta dengan para mentor yang terkemuka daripada bidang persolekan, fesyen dan kecantikan yang akan memberikan bimbingan serta ilmu yang berharga sepanjang tempoh perantisan.

Tertumpu kepada usaha menyiap dan melengkapkan peserta untuk masa hadapan, program ini menawarkan latihan kemahiran yang direka khusus, sejajar dengan trend dan keperluan yang berkembang pesat dalam industri kecantikan dan kreatif kontemporari. Pengalaman perantisan yang mengujakan ini melangkaui teori dan pelajaran dalam kelas semata-mata, tetapi turut mendedahkan peserta kepada aspek praktikal industri, dari operasi sehari-harian hinggalah ke penyertaan langsung dalam pelbagai acara perniagaan dan gaya hidup.

Kejar Kerja adalah salah satu platform utama daripada pelbagai program yang ditawarkan oleh WOMEN:girls yang direka khusus untuk menghubungkan masyarakat dengan peluang yang mungkin selama ini terhad atau sukar diperoleh.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai WOMEN:girls ikuti organisasi ini di platform media sosial;

  • Laman sesawang: www.womengirls.org
  • Instagram: @womengirls
  • Twitter: @WOMENgirls_
  • TikTok: @_womengirls
  • Facebook: @WOMENgirlsInspire

Leave a comment