‘Book your Christmas’ adalah perayaan tradisional dan merangkul semangat cinta, kemurahan hati, dan memberi. Tema ini adalah gabungan harmoni kegembiraan membaca dan semangat memberi sesuai dengan intipati sebenar Krismas.

Lebih daripada satu pokok Krismas yang dihias rapi dengan aksesori begemerlapan menghiasi Aras Atrium di pusat beli-belah ini. Satu rak buku turut diletakkan di ruang ini.

Sepanjang sambutan Krismas, pelbagai aktiviti disediakan kepada orang ramai termasuk bengkel membuat hiasan, penceritaan oleh Santa Claus, nyanyian Krismas oleh Primrose International School dan banyak lagi, yang pastinya mememriahkan lagi perayaan Krismas di Intermark Mall.

Intermark Mall juga bekerjasama dengan Tsutaya Bookstore, Intermark Mall dan DoubleTree Kuala Lumpur, bagi tujuan menyebarkan kasih sayang dan kemurahan hati melalui kempen’ Books Have Feelings ‘dan ‘Book For Care’.

Pembeli boleh membuat pemilihan sama ada ingin menyumbangkan buku yang disayangi ataupun baharu dibeli, kemudian meletakkannya di rak buku di Aras Atrium. Dana dari setiap jualan buku akan membantu menyokong kanak-kanak di Rumah Hope, dan setiap pembeli yang menderma atau membeli buku akan menerima satu baucar tunai Tsutaya Bookstore bernilai RM5.

Pembeli boleh menyertai keseronokan perayaan dengan inisiatif ‘setem Krismas anda’ dengan:
- membelanjakan sebanyak RM30 dan ke atas dalam satu resit untuk menebus satu kad setem dan dapatkan satu baucar percuma
- membelanjakan RM200 dan ke atas dalam satu resit untuk menebus satu minuman percuma daripada Tsutaya Caf Beta
- membelanjakan RM300 dan ke atas dalam satu resit untuk menebus satu baucar tunai RM20 Tsutaya
- membelanjakan RM500 dan ke atas dalam satu resit untuk menebus satu set periuk kaca
Jadi, semakin banyak yang anda belanjakan, semakin banyak yang anda terima!
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan promosi ‘Book your Christmas’ Intermark Mall:
- lawati www.intermark-mall.com
- semak kemas kini masa nyata melalui Facebook atau Instagram
- hubungi perkhidmatan pelanggan di 03 2166 8170.

Leave a comment