KRISMAS POP DI FAHRENHEIT 88 TAWAR PELBAGAI SUDUT INSTAGRAM KARTUN PENUH WARNA-WARNI

Terokai Aras 2 untuk pengembaraan penuh wangian yang pertama seumpamanya di Malaysia, iaitu Disney Fluffy Pop-up.

Bukan sahaja anda dikelilingi oleh pelbagai jenis wangian, anda turut menyaksikan pemecahan rekod di Malaysia Book Of Records sebagai pembotolan minyak wangi yang paling kecil iaitu minyak wangi Miniatur Disney Fluffy yang pertama kali wujud di pasaran.

Terokai makmal ujian minyak wangi dan terokai bau yang sesuai dengan anda. Kemudian, serlahkan kreativiti anda di bengkel karangan bunga Disney DIY dan bengkel kotak telus DIY serta karya perayaan untuk dibawa pulang.

Teruskan keajaiban di Instagrammable Cafe Corner! Nikmati pelbagai juadah pencuci mulut yang sedap sambil bersedia untuk snap dan berkongsi memori di media sosial.

Sephora juga menyertai keseronokan Krismas dengan membuka kempen #UnwrapTheirBeautiful. Kempen ini menyebarkan cinta, kegembiraan dan kecantikan untuk perayaan yang paling indah bagi tahun ini. Apa lagi, jom cari keperluan perayaan, sama ada set hadiah yang mengagum untuk teman-teman dan keluarga anda atauoun koleksi terbaharu set mekap serta aksesori.

Bersedialah untuk membeli-belah anda di bazar Pop Krismas yang terletak di aras bawah, di mana anda boleh mmebeli pelbagai aneka barangan sempena sambutan Krismas nanti antaranya, barangan deko dan hiasan Krismas, barangan rumah, hadiah untuk keluarga dan menariknya anda boleh nikmati perkhidmatan membalut hadiah secara percuma di Living Concept.

Jangan lupa untuk berhias diri dengan koleksi aksesori dari Stone Bliss! Anda boleh membuat pilihan dari pelbagai aksesori fesyen yang mempesonakan yang menambah sentuhan sempurna sepanjang perayaan.

Dan jika anda mencari kehijauan untuk perayaan percutian anda? Pastikan anda melihat tanaman Mossybola Kokedama.

Fahrenheit 88 bukan sekadar destinasi membeli-belah tetapi adalah syurga di mana anda bukan sahaja membeli-belah sewaktu perayaan, tetapi juga untuk anda berkumpul bersama rakan dan nikmati keseronokan di CEO Karaoke Bash! Nyanyi apa sahaja sepuas hati anda dan sebarkan kegembiraan Krismas ini!

Perlu berehat dari kesibukan percutian? Nikmati percutian dan beristirehat di Bed Capsule Hotel. Manjakan diri anda dengan staycation, memastikan bahawa bersantai adalah sebahagian daripada membeli-belah percutian anda.

Penat membeli-belah, anda boleh luangkan masa untuk memanjakan diri di Isfahan Beauty dengan mendapatkan khidmat rawatan wajah yang pastinya memberi penampilan yang menarik sewaktu percutian anda.

Mencari hadiah untuk orang tersayang? Jangan lupa untuk melawat Szindore dan meneroka pilihan minyak wangi yang menawan.

Tutti Frutti turut menyambut perayaan di mana bermula dari 6 Disember, pelanggan boleh menikmati Panettone Froyo-pusaran buah-buahan, kacang-kacangan, dan rempah-rempah, mewujudkan rasa yang menggembirakan untuk selera anda!

Selepas seharian membeli-belah, jangan lupa untuk mengambil beberapa ganjaran membeli-belah Krismas yang menarik di kaunter concierge di tingkat bawah. Pembeli berpeluang membawa kad hadiah UNIQLO bernilai RM100 dengan perbelanjaan minimum RM100 atau RM200 dalam satu resit. Dengan perbelanjaan RM200 dalam satu resit, pembeli juga akan menerima baucar Outlet jenama RM20. Namun, ia terhad kepada 2 Penebusan setiap pembeli setiap hari. Sementara stok masih ada. Semua penebusan boleh dibuat di kaunter Concierge, tingkat bawah, pada hari pembelian yang sama

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Pop Krismas:

Leave a comment