
Ketua Pegawai Eksekutif GITP, Raffles Chan, menzahirkan rasa terima kasih beliau,
“Kejayaan ‘Eastbound Nexus: RCEP Tech Forum 2023’ menekankan kepentingan usaha sama untuk memacu inovasi dan pertumbuhan dalam sektor teknologi. Kami berbangga kerana diberikan penghormatan untuk menyediakan platform bagi jalinan rangkaian dan pengumuman penting yang akan mewarnai masa depan kerjasama teknologi antara ASEAN dan China.”
Acara tersebut menghimpunkan pemimpin-pemimpin dan pakar industri, yang terdiri daripada:
- Ketua Pegawai Eksekutif GITP, Raffles Chan
- Ketua Pegawai Eksekutif SIDEC, Yong Kai Ping
- Pengarah Program Falsafah, Politik dan Ekonomi (PPE) Taylor’s University dan bekas timbalan menteri MITI, Prof. Dr. Ong Kian Ming
- Ketua Sunway iLabs Ventures, Dr. Melissa Foo
- Ketua Pegawai Eksekutif Penjana Kapital, Tauqif Iskandar
- Ketua MYStartup Malaysia, Hisham Bari
- Pengerusi Malaysia Venture Capital Association, Ng Sai Kit
- Pengarah Perubahan Strategik Pejabat Pengurusan MYDigital Corporation, Saiful Azlan Ismail

Pengarah Program Falsafah, Politik dan Ekonomi (PPE) Taylor’s University dan bekas timbalan menteri MITI, Prof. Dr. Ong Kian Ming, berkata,

“Forum ini bukan sahaja memudahkan pertukaran pengetahuan tetapi juga menjadi asas penting dalam jalinan kerjasama pada masa depan yang tentunya akan memberi impak berkekalan kepada ekosistem teknologi di rantau ini.”
Acara itu bukan sahaja menjadi platform untuk bertukar-tukar pengetahuan tetapi juga menjadi satu peristiwa penting bagi merapatkan jurang dalam pasaran teknologi ASEAN dan China. Pemimpin industri yang hadir berkongsi pandangan berguna dan strategi yang pragmatik, di samping membentangkan hala tuju yang jelas untuk menerokai landskap pasaran China yang mencabar.
Forum ini juga berfungsi sebagai platform kepada beberapa pengumuman penting.
Antaranya:
- Entrepreneurship World Cup 2024 – Malaysia Chapter yang akan berlangsung telah diperkenalkan dan ia dijangka akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor keusahawanan negara serta peringkat serantau.
- Pertandingan HICOOL Global Entrepreneurship Competition 2024, yang bertujuan untuk memupuk semangat inovasi dan bakat keusahawanan terkemuka pada peringkat global.
- Satu kerjasama antara GITP dan Marwari Catalyst dari India. Kolaborasi ini diwujudkan bagi memperkenalkan sebuah program pecutan pada suku pertama 2024 yang diwujudkan untuk menjadi pendorong kepada inovasi teknologi dan pengembangan perniagaan.
- Satu kerjasama strategik antara GITP dan CGCC turut dimeterai bagi memudah cara pembukaan sebuah pejabat dalam ruang kerja khusus GITP di Malaysia dan China.
Peserta forum pulang dengan pemahaman mendalam tentang potensi pasaran China yang memperkasakan mereka dengan maklumat yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pengembangan strategik. Dalam hal ini, rangkaian GITP berjaya memainkan peranan penting dengan memudahkan jalinan perhubungan yang berpotensi untuk mempercepatkan pertukaran teknologi dan kemajuan perniagaan.

Leave a comment