Majlis penganugerahan itu dirasmikan oleh Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold yang juga Penasihat Kehormat Kazakhstan, Dato’ Wira Louis Ng dan dihadiri oleh isteri, Datin Wira Yvonne Lim yang juga Pengarah Urusan Aurora Italia International Berhad dan Encik Jerry Ng selaku Pengerusi Majlis yang juga memangku jawatan sebagai Ketua Pegawai Operasi PGMall, serta barisan Pegawai Pengurusan Tertinggi Kumpulan Public Gold.

“Di Public Gold, kami percaya bahawa penghargaan yang diberikan buat kesemua usahawan yang berusaha keras dan menunjukkan prestasi cemerlang saban tahun ini adalah perlu demi meraikan kesetiaan mereka terhadap syarikat. Segala kejayaan yang dikecapi oleh Public Gold sehingga kini adalah berkat usaha dan komitmen mereka yang berterusan demi mencapai kebebasan kewangan dalam hidup mereka. Justeru itu, kami berbesar hati untuk menghargai kesemua usahawan yang diraikan dengan pelbagai anugerah dan hadiah. Diharapkan ini dapat menjadikan pembakar semangat buat usahawan yang lain untuk terus berusaha dan berjaya dalam bisnes Public Gold.
Legasi yang terbina selama 16 tahun ini diteruskan dengan pengenalan modul bisnes terbaru menerusi Gold ATM yang juga mendapat pengiktirafan dari The Malaysia Book of Record sebagai Gold ATM pertama yang dihasilkan oleh anak tempatan. Secara tidak langsung, kewujudan Gold ATM menjadi revolusi dalam pembelian logam berharga seperti emas yang boleh dijadikan sebagai simpanan mahupun cenderahati. Lebih-lebih lagi, Gold ATM kini mudah didapati di 20 lokasi seluruh negara dan juga di lokasi strategik seperti Lapangan Terbang Subang dan juga di kompleks beli belah. Public Gold kini bersedia untuk meluaskan lagi pasaran sehingga ke Asia Tenggara dengan kejayaan menakluki Indonesia dengan kepadatan penduduk sehingga 277 juta rakyat di sebanyak 5 daerah iaitu Jakarta, Bandung, Yogyakarta, Banjarbaru dan Surabaya. Selain itu, Public Gold juga telah menerima pengiktirafan dari the Singapore Bullion Market Association sebagai ahli Foreign Asssociate terutamanya di hub bisnes antarabangsa Singapura.
Dato’ Wira Louis Ng, Pengasas and Pengerusi Eksekutif Kumpulan Public Gold

Dalam majlis penganugerahan itu, usahawan Public Gold yang digelar “5-Star Diamond” diraikan bagi kejayaan yang memberangsangkan pada tahun sebelumnya. Mohd Zulkiflie Shafie bersama isteri, Najdah Mohammed Hussain merangkul keseluruhan anugerah bernilai RM666,021.00. Mereka menerima TIGA hadiah wang tunai bernilai RM112,021 bagi “Bonus Diamond”, RM54,000 bagi kategori “First Time Qualifying Leadership Pin dalam bonus tahunan serta Hadiah Utama “Bungalow Fund” bernilai RM500,000.

Turut diraikan sebagai “3-Star Jade” adalah Muhammad Syarifuddin Mohd Jamil bersama-sama dengan isterinya, Syamimi Nur Aqila Awaluddin serta Muhammad Azam Amiri Mohd Raffi bersama isteri, Raziatul Madiah Osman.


Anugerah seterusnya “3-Star Pearl” dianugerahkan kepada Marlia Ramli bersama suami, Ahmad Fuad Mohamed Arif; Dr. Mu’az Mahadzir dan isteri, Dr. Nur Izleen Rosli.


Juga penerima “3-Star Jade” adalah Muhammad Azim Aliif Mohd Zuki serta isteri, Siti Nur Saodah Shamsul.

Manakala Anugerah “2-Star Pearl” diberikan kepada Mohamad Hafiz Shafie bersama istei, Noor Hafizah Hassan.

Akhir sekali, anugerah “1-Star Pearl” diberikan kepada Amir Fairuz Abdul Aziz.

Kejayaan-kejayaan memberangsangkan ini adalah bukti segala kesungguhan yang diberikan dalam sesuatu perkara pasti membuahkan hasil.

Sejak tertubuhnya syarikat Public Gold sejak tahun 2008, pelbagai kejayaan ditempa sehingga kini telah mempunyai 18 cawangan di seluruh Malaysia, dengan 1.2 juta pelanggan berdaftar dari seluruh negara termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei, dan kini Public Gold telah melahirkan ramai usahawan yang telah berjaya dalam hidup dengan pelbagai latar belakang tanpa mengira usia.
Segala kejayaan yang dikecap sehingga kini adalah berkat usaha berterusan dan kesungguhan yang tidak pernah luntur meski pelbagai dugaan mendatang. Public Gold yakin bahawasanya setiap usaha yang diberikan oleh usahawannya perlu diraikan sama ada dari segi pemberian insentif kewangan mahupun percutian mewah demi merealisasikan impian mereka. Itulah rahsia bagaimana usahawan Public Gold kekal dan percaya dengan kestabilan syarikat sehingga kini.
Sebarang maklumat lanjut berkenaan Public Gold dan produk berkaitan sila layari:
- laman web HYPERLINK http://www.publicgold.com.my
- hubungi +6011-1095 2916

Leave a comment