
Wahdinii adalah pengeluar pakaian Muslim yang diusahakan oleh Puan Faridah Haji Hashim bersama rakan urusniaga, Puan Emma atau lebih dikenali sebagai Emma Rockers. Idea untuk menghasilkan satu lagu tema bagi Wahdinii diilhamkan oleh Puan Emma. Dalam masa sama, Puan Faridah turut melaksanakan hasrat arwah suaminya yang tidak kesampaian.

Pemilihan Adi 6ixthsense sebagai pencipta lagu tema ini adalah berdasarkan kepakaran beliau dalam penciptaan konsep lagu. Beliau juga menerangkan bahawa lagu tema ini agak berlainan dari lagu-lagu ciptaanya sebelum ini yang mana lebih berkonsepkan balada, rock alternative, pop namun bagi lagu tema ini, melodinya sangat mudah diikuti dan disusunkan seperti irama padang pasir.

Hasil perbincangan semua pihak yang di terajui oleh Encik Zell Sazalie, selaku Komunikasi Strategik,maka Wahdinii telah sebulat suara mengambil penyanyi Azmi Saat dari Caliph Buskers sebagai penyanyi ‘featuring’ bersama Adi Priyo.

Bukan itu sahaja, selesai persiapan lagu tema ini juga, Puan Faridah bersama Puan Emma mengambil keputusan menaja Adi dan Azmi bagi keluaran Muslim Wear Wahdinii 2024.

Leave a comment