Pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman berada di zaman kegemilangan ‘Old Shanghai’ ini mulai sekarang hingga 18 Februari nanti.

Anda boleh melihat hiasan dan rekaan replika bangunan tradisional kedai dua tingkat yang terdiri daripada kedai pakaian yang mempamerkan pelbagai warna dan gaya pakaian Cheongsam, restoran agam yang menampilkan pelbagai menu tradisional untuk sambutan makan malam tahunan, beca yang dijadikan pengangkutan pada era tersebut, kereta retro yang dijadikan sebagi prop untuk mengambil gambar serta projektor lama yang memainkan klip-klip filem klasik yang pernah menjadi popular di tahun 1920 hingga 1930.

“Tahun Baru Cina bukanlah sekadar sebuah perayaan; ia adalah detik bermakna untuk memperkasa adat dan budaya. Di Suria KLCC, kami amat berbangga untuk membawakan pengalaman yang imersif dan interaktif yang boleh membawa para pengunjung menikmati detik kegemilangan dan kehebatan era ‘Old Shanghai’. Perayaan ini lebih bermakna apabila ia menghubungkan semangat perpaduan yang kaya dengan warisan. Disaat kita menginjak ke Tahun Naga, Suria KLCC dengan berbesar hati menjemput para pengunjung dan pelanggan untuk bersama-sama menyambut tahun yang penuh dengan tuah dan kejayaan ini.”
Francis Tan, (tengah), Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd

Sambutan Tahun Baru Cina memberi satu kelainan apabila ruang Esplanade KLCC menjadi lokasi utama pengunjung dengan kehadiran replika naga 3D berona kuning oren setinggi 60 kaki. ‘Dragon of Prosperity’ raksasa ini pastinya memukau pandangan pengunjung disebabkan saiznya yang sangat besar, ditambah dengan warnanya yang ‘garang’.

Sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan tarian akrobatik singa yang dijadualkan berlangsung pada setiap hari Ahad, bermula pukul 5 petang di Esplanade KLCC dan tarian naga di ruang ‘Centre Court’ pada setiap hari Sabtu, mulai pukul 2 petang.

Jadi, jangan lupa datang ke Suria KLCC dan rakam memori bersama keluarga di perkarangan ‘Old Shanghai’ di ‘Festive Photobooth’. Anda boleh memperagakan kostum tradisional Cina dan nikmati cetakan foto tanpa had, bersama dengan salinan elektronik.
Tidak terhad di Centre Court dan Espalanade KLCC sahaja, anda juga boleh mengabadikan detik indah sambutan juga disediakan di Aras 1 Ampang Mall dan Ramlee Mall yang dihiasi dengan dekorasi ‘Instagram-worthy’.
Suria KLCC menyemarakkan pengalaman membeli-belah sempena sambutan perayaan kali ini dengan ganjaran yang lebih bermakna, di manan pengunjung yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam dua resit akan menerima e-Baucar Suria KLCC berjumlah RM100 serta satu set sampul merah esklusif dari Suria KLCC.
Kemeriahan sambutan tidak terhenti disitu apabila pelanggan yang membeli e-Baucar yang berjumlah RM1,000 berpeluang untuk menerima e-Baucar tambahan bernilai RM100. Tawaran eksklusif ini terhad kepada 50 pelanggan pertama sahaja.
Manakala pelanggan yang membeli ‘Suria Ribbon Pin’ yang berharga RM10 sebagai tanda sokongan kepada inisiatif Kesedaran Kesihatan Mental akan menerima satu set kuplet kaligrafi Cina yang dilengkapi dengan ucapan membawa tuah. Setiap hujung minggu, pelanggan juga akan berpeluang menyaksikan seni kaligrafi Cina yang akan mencipta kuplet secara langsung semasa pembelian ‘Suria Ribbon Pin’.
Sambutan Tahun Baru Cina juga disambut di:
Pusat Beli-Belah Alamanda
Kemegahan dekorasi ‘Old Shanghai’ yang dibawakan khusus untuk sambutan Tahun Baru Cina turut mewarnai pusat beli-belah ini bermula dari 19 Januari hingga 12 Februari 2024.

Ruang ‘Centre Court’ menampilkan dekorasi yang dilengkapi dengan binaan panggung wayang vintaj, kedai pakaian yang memperlihatkan rangkaian gaya Cheongsam, dan sebuah restoran yang menyajikan replika hidangan makan malam tradisional, dimana ia dilihat sebagai ruangan ‘Instagram-worthy’.

Pada hujung minggu, pengunjung berpeluang menikmati persembahan tarian akrobatik singa, tarian naga dan persembahan kebudayaan selain menerima edaran buah limau mandarin.
Ganjaran beli-belah di Alamanda Putrajaya akan membawa pengalaman yang lebih menarik kepada pelanggan yang berbelanja RM600 keatas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih. Mereka akan menerima baucar beli-belah Alamanda bernilai RM30 manakala sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang berbelanja sebanyak RM1,500 dan ke atas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima baucar beli-belah Alamanda bernilai RM80.

Keriangan berterusan bagi ahli VIKids yang berpeluang unutuk menyertai dalam aktiviti kraftangan patung naga yang diperbuat daripada kertas selain daripada aktiviti mewarna bersempena sambutan Tahun Baru Cina.
Inisiatif ini dilihat menjadikan Alamanda Putrajaya sebagai sebuah destinasi beli-belah yang memeriahkan sambutan mesra untuk seisi keluarga.

Pusat Beli-Belah Mesra
Komuniti setempat diajak menyambut sambutan Tahun Baru Cina mulai 12 Januari sehingga 15 Februari 2024 yang turut menampilkan dekorasi bertemakan ‘Old Shanghai’.

Antara tarikan utama kempen termasuk persembahan tarian tradisional singa pada 3 Februari, dan dalam masa sama penari akan mengedarkan limau mandarin kepada pengunjung sebagai simbolik dengan kepercayaan membawa tuah dan menyertai bengkel membuat replika naga pada 9 dan 10 Februari.

‘The Shoppers Rewards Programme’ menawarkan sebuah ‘teapot’ yang direka khas dengan lakaran bunga yang menawan kepada 500 pembeli yang berbelanja RM350 ke atas dalam dua resit di mana- mana kedai terpilih.
Untuk info lanjut, layari:
⦁ Suria KLCC – ⦁ www.suriaklcc.com.my⦁ / ⦁ www.facebook.com/SuriaKLCCMall
⦁ Alamanda – ⦁ www.alamanda.com.my⦁ / ⦁ www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
⦁ Mesra Mall – ⦁ www.mesramall.com⦁ / ⦁ www.facebook.com/MyMesraMall

Leave a comment