
Bersama gandingan Pengarah yang tidak asing di Malaysia, Dharma Nasution, Intan Ladyana mempertaruhkan pelakon seperti Mustaqim Bahadon yang juga sebagai tunjang utama Filem Banglo Seksyen 12 dan barisan pelakon yang sedang meningkat naik antaranya Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Faez Malek, Farah Yasmin, Faris Fitri dan ramai lagi.

Majlis malam gala tayangan perdana filem ‘Banglo Seksyen 12’ telah diadakan bagi memberi sokongan kepada filem hasilan pertama Intan Ladyana yang terkenal dengan lakonannya dalam filem-filem seperti Jangan Pandang Belakang dan Banglo Berkunci.

Dalam masa sama, pihak produksi PRISMA PICTURES SDN BHD serta edaran METROWEALTH mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) atas DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) yang telah dibelanjakan bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan dan dapat menemui penonton di pawagam.

Sinopsis Filem
‘Banglo Seksyen 12’ mengisahkan kisah tentang sebuah banglo tinggalan yang mempunyai sejarah hitam yang menakutkan di mana terjadinya pembunuhan misteri sekumpulan remaja pada tahun 2006 dan tiada siapa yang mengetahui bagaimana serta siapakah pembunuh kumpulan remaja tersebut. Ia kemudiannya menjadi lokasi pilihan sebuah kumpulan paranormal yang disertai oleh anak-anak muda yang membuat penggambaran demi kandungan di platform digital mereka.
Namun, belum sempat kumpulan paranormal ini membuat content, mereka telah menemui mayat tanpa kepala di dalam banglo tersebut. Mereka cuba mencari pembunuh dan telah menjumpai seorang lelaki dalam rumah itu.
Adakah lelaki yang mereka jumpai dalam rumah yang melakukan pembunuhan itu? Atau lelaki itu mempunyai kaitan dengan pembunuhan sebelum ini?
Untuk mengetahui apakah sebenarnya yang terjadi, anda perlu datang menonton filem pertama Intan Ladyana ini.
Maklumat Filem:
Terbitan : Prisma Pictures Sdn Bhd
Pengedar : Metrowealth (MiG)
Penerbit : Syed Muhamad Izzudin Syed Akil Dharma Nasution
Penerbit Eksekutif : Intan Ladyana
Pengarah : Dharma Nasution dan Intan Ladyana
Genre : Seram
Barisan Pelakon : Intan Ladyana, Mustaqim Bahadon, Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Faez Malek, Farah Yasmin, Faris Fitri dan ramai lagi.

Leave a comment