Briged Kulinari WTCKL juga akan menyediakan hidangan LIMA rotasi menu seperti Ikan Patin Goreng Berlada, Udang Rendang Daun Selasih, Daging Masak Hitam Dengan Cili Benggala, Sotong Kembang Masak Sambal Kacang Tanah, Ayam Goreng Masak Santan Berlada, Ketam Masak Kam Heong dan Daging Tetel Masak Kalio.

Namun yang pastinya, atas permintaan ramai, WTCKL berbesar hati untuk menampilkan kembali “Nasi Kandar Saddam” yang paling digemari di Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada hidangan istimewa Ramadan dengan Ayam Goreng Bawang dan Daging Masak Hitam yang menyelerakan dihidang bersama telur rebus dan pilihan sayur-sayuran.


Tidak dilupakan hidangan paling popular di WTCKL yang sentiasa menjadi pilihan tetamu setia iaitu Bubur Lambuk Istimewa, Aneka Sup Berempah, Aneka Kerabu, Kambing Panggang Bersama Sos Lada Hitam dan banyak lagi.

Bufet Istimewa Ramadan Selera Warisan Kampung akan berlangsung dari 13 Mac hingga 8 April 2024 di ruang makan eksklusif yang terletak di Aras 2, Legar Putra, beroperasi setiap hari dari 6 petang hingga 10 malam.

Promosi Early Bird akan dijual pada harga RM108 net seorang, manakala harga asal bufet ramadan “Selera Warisan Kampung” adalah RM128 nett seorang untuk dewasa dan RM73 nett seorang untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun dan warga emas berumur 60 tahun ke atas.

Baucar pembelian awal boleh dibeli:
- Secara langsung dari Restoran Riverside
- Hubungi talian 03 2614 6701/6702
- Klik pada pautan berikut: Easy Store :https://riverside.wtckl.com/
Nikmati kemudahan berbuka puasa
WTCKL turut menawarkan kemudahan ruang solat khusus di Surau Ar-Rahman, lengkap dengan sejadah, kemudahan wuduk di lokasi dan Imam untuk mengetuai solat Maghrib, Isya’ dan Tarawih.
Caj tempat letak kereta sepanjang bulan ramadan (12 Mac 2024 – 9 April 2024) adalah RM 12 nett pada kadar rata, kemasukan dari waktu pagi dan RM 5 nett pada kadar rata untuk kemasukan selepas jam 5 petang.
Pilihan pakej berbuka puasa ‘Get Together’ untuk banquet
Jika anda merancang ingin berbuka puasa dalam kumpulan yang besar, WTCKL turut menyedikan pakej ‘Get Together’ Selera Warisan Kampung untuk anda meraikan rakan perniagaan, jamuan persendirian, korporat atau keluarga dalam ruang dewan yang akan disediakan.
Pakej ‘Get Together’ Selera Warisan Kampung ditawarkan dari RM 138 bersih seorang dengan tempahan sekurang-kurangnya 250 orang. Pakej ini termasuk penggunaan dewan, bilik VIP, tempat letak kereta VIP, pentas, PA system, skrin LED, dan surau khusus.
Raikan Ramadan lebih hijau bersama WTCKL

Eksklusif pada Ramadan ini diraikan dengan lebih hijau dengan ‘Tiffin Carrier’ edisi terhad WTCKL berharga RM59 untuk tiffin 3 tingkat dengan saiz dimensi 12cm manakala RM79 bagi saiz dimensi 16cm. Dengan pembelian tiffin, tetamu boleh membawa pulang makanan di bufet ramadan kami selepas waktu berbuka puasa, dan menikmati hidangan makan malam bufet Ramadan yang lazat di rumah untuk bersahur.
Terdapat tiga pilihan corak eksklusif yang disediakan, iaitu Generic series, Ramadan series dan Batik series.
Hubungi kami sekarang!
- Emel untuk bufet Ramadan: riverside@wtckl.com
- Emel untuk tempahan korporat: ask@wtckl.com
- Hubungi kami ditalian: +603 2614 6999 / +603 2614 6173 atau WhatsApp: +6019 2678 960

Leave a comment