Penggunaan masa dapat disingkatkan
Jika dahulu, memerlukan masa yang agak lama untuk melakukan kerja-kerja terjemahan, namun kini, semuanya menjadi singkat dan mudah, atas bantuan AI dalam Galaxy S24. Tidak perlu lagi menyemak ejaan ataupun kesalahan typo kerana semuanya dibantu oleh AI, secara tak langsung dapat menjimatkan kerja-kerja terjemahan dan penyemakan.

Penulisan tampil profesional dengan Chat Assist
Bukan mudah untuk merangka dan mengarang email kepada client kerana penulisan perlu tampil profesional, maklumlah perlu juga menjaga ‘air muka’ apabila berurusan, lebih-lebih lagi dalam bidang media kerana client bukan calang-calang, ada yang terdiri daripada jenama-jenama terkenal di Malaysia dan antarabangsa. Penggunaan ChatAssist melalui Advanced Features dapat menyampaikan penulisan dengan lebih jelas kepada penerima. Anda boleh menulis secara formal, berhemah mahupun santai ditambah lagi mengguna emoji yang bersesuaian.
Chat Assist juga membantu menghasilkan tulisan yang catchy untuk dimasukkan dalam platfom sosial media. Penggunaan ayat yang betul dapat membantu meningkatkan platfom digital.
Circle to Search cara pantas membuat “Pencarian”

Dengan mengguna imej, video mahupun teks dalam telefon, anda boleh membuat opsyen “Search” melalui Google dengan pantas. Hanya dengan membuat bentuk pusingan mengguna jari atau Pen S, Google akan memberi hasil carian dengan pantas.

Penyimpanan yang luas
Datang dengan penyimpanan sebanyak 128GB dan 8GB RAM, memudahkan penyimpanan gambar yang banyak, maklum sekarang jemputan untuk rebiu Ramadan sudah banyak diterima, jadi memang sesuai sangat mengguna Galaxy S24 untuk menyimpan gambar-gambar makanan dan minuman yang banyak. Tambahan lagi, storan data boleh dinaiktaraf sehingga 256GB.
Vision Booster automatik melaraskan pencahayaan sewaktu di persekitaran outdoor
Ini amat penting kerana penulis memang terdedah kepada persekitaran outdoor setiap hari. Jadi Vision Booster memudahkan pelarasan cahaya sewaktu di persekitaran yang terang, menjadikan kerja mengambil gambar menjadi lebih mudah.
Ciri Note Assist menyenangkan tugas Catatan
Dengan ciri Auto Formatting, Summarization dan Translation memudahkan kerja mencatat nota yang ringkas.
Pelbagai kategori screen shot dan video shot
Kategori ‘Food’ misalnya menjadikan snap gambar makanan yang diambil lebih terang dan kurang gegaran, memang ini yang dicari-cari untuk sesi rebiu Ramadan. manakala video “Slow Motion”, juga amat sesuai sewaktu mengambil video makanan kerana ia dapat memberi gambaran yang jelas, tanpa perlu membuat suntingan tambahan.
ProVisual Engine menjadikan gambar lebih menarik
Salah satu peralatan AI dalam Galaxy S24 adalah Provisual Engine yang direka khas untuk menghasilkan shot gambar yang lebih baik. Memang terbukti gambargambar yang diambil mengguna Galaxy S24 dihasilkan dengan cantik.
Sememangnya Galaxy S24 banyak memainkan peranan dalam memudahkan pelbagai urusan harian.

Leave a comment