
Seperti biasa, Bufet Ramadan di Hotel Tenera menjadi pilihan Che Ta dan gerai kegemaran beliau boleh didapati di gerai ‘Wasai Kepeng Lip-Lap Lip-Lap’.
Selain CheTa, bufet Ramdan di Hotel Tenera juga menjadi pilihan bagi komuniti daripada pelbagai golongan serta lokasi kerana sajiannya yang menyelerakan, tempat yang selesa ditambah lagi dengan harga yang berpatutan untuk seisi keluarga.

Menurut Pengurus Besar Hotel Tenera, Fadzly Hamzah, bufet Ramadan pada tahun ini masih mengekalkan konsep gerai sama seperti di bazar Ramadan.

Terdapat lebih daripada 40 gerai yang menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti masakan panas, bakar, sup, pasta, pizza, dim sum, kuih muih, buah-buahan serta aneka minuman.

Kesedapan hidangan ini adalah hasil air tangan Cef yang berpengalaman, iaitu Cef Sahisal Azrul Mat Said,yang juga Chef Eksekutif Hotel Tenera.

Terdapat lebih daripada 130 menu hidangan seperti Nasi Kambing Apollo, Nasi Ayam Buluh Betung, Sup Gear Box Kampung Utara, Gerai Satay Kicap, Omar Maju Rojak Padang Kota, Shawarma, Kentang Sangkut Mania, Kopi Arang Panggang Live, Teh Chai, Air Ais Blended, Ais Krim Sang Kaya dan banyak lagi.

Namun, yang pasti dinanti-nantikan DURIAN ‘Unlimited’ yang akan disajikan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.

Hidangan lain yang pastinya tidak dapat dilupakan adalah Kepala Salmon Jawa Teriyaki, Lidah Bakar Masih Terasa, Ikan Bakar Sumbat, Shellout, Rendang Tok Perak, Daging Asam Kunyit, Siput Sedut Masak Lemak, Urat Keting Asam Pedas, Sotong Goreng Simbah Percik, Daging Tetel Gulai Rebung, Ikan Talang Gulai Nenas, Ayam Ungkep, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit dan banyak lagi.

Namun, yang pasti menjadi tarikan adalah Air Botol Legend dengan perisa Oren, Anggur, Sarsi serta Air Soda yang pernah terkenal pada zaman dahulu dan jajan berupa biskut dalam tin dan pelbagai jenis gula-gula dalam balang kaca.

Keunikan dan keaslian menu yang dihidangkan telah menerima banyak maklum balas yang positif daripada pengunjung, malah Hotel Tenera telah menerima anugerah berprestij ‘Best Ramadan Buffet’ pada tahun 2019, 2022 dan 2023 daripada Gastronomy Association of Malaysia.

Tawaran Bufet Ramadan Hotel Tenera:
- Harga tempahan awal atau ‘early bird’ – RM98 (Harga asal RM138 (Isnin-Khamis) dan RM158 (Jumaat-Ahad)
- Tawaran pembelian terbuka sehingga 29 Februari 2024
- Bilangan baucar adalah terhad
- Untuk pembelian baucar ini sila layari www.tenerahotel.com.my atau menghubungi/whatsapp di talian 019-3854 796.
Sepanjang bulan Ramadan juga, Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk dengan baucar Bufet Ramadan serta hidangan di waktu sahur.
Pihak hotel turut menyediakan kemudahan surau atau dewan solat kepada pengunjung untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Solat Terawikh.
Pihak hotel juga membawa wakil Tahfiz Sulaimaniyyah dan Tahfiz Masjid Al-Hasanah untuk memimpin solat Jemaah Isyak dan Terawih pada setiap malam disepanjang bulan Ramadan.
Sedikit mengenai Hotel Tenera, hotel milik penuh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad, KPFMB ini adalah berkonsepkan ‘mesra Muslim’.
Antara yang menarik hotel ini mempunyai 500 buah bilik, 10 bilik seminar, sebuah grand ballroom yang boleh memuatkan seramai 1200 orang dan mempunyai tiga buah kolam termasuk satu kolam yang berkonsepkan muslimah.
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi di talian 03-89299600 atau whatsap 019-3854796/019-3592796.
Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Facebook (Hotel Tenera Bangi) atau instagram (@hoteltenerabangi).
Pakej-pakej istimewa Hotel Tenera
Pakej Ramadan Staycation
■ 2 Hari 1 Malam (Bilik Superior)
■ Bufet Ramadan untuk 2 orang
■ Sahur untuk 2 orang
■ RM388 bersih/bilik
■ 2 Hari 1 Malam (Apartment 2 Bilik Tidur)
■ Bufet Ramadan untuk 4 orang
■ Sahur untuk 4 orang
■ RM688 bersih/unit
Pakej Ramadan Residensi
(Tempahan adalah untuk 20 orang ke atas)
● 2 Hari 1 Malam (Bilik Superior Single-bed King/Queen)
● Bufet Ramadan untuk 1 orang
● Sahur untuk 1 orang
● RM298 bersih/seorang
● 2 Hari 1 Malam (Bilik Superior Twin-sharing)
● Ramadan Bufet untuk 2 orang
● Sahur untuk 2 orang
● RM216 bersih/seorang
Nota: Pakej promosi penginapan diatas adalah sah daripada 14 Mac 2024 sehingga 7 April 2024
Maklumat & Tempahan:
📌Tempahan Bufet Ramadan
☎️03-8929 9600
☎️019-385 4796 (Whatsapp)
📌Tempahan bilik penginapan
☎️03-8929 9600
☎️019-233 1796 (Whatsapp)
📥hoteltenera.kpf@felda.net.my
🌐www.tenerahotel.com.my

Leave a comment