Majlis penganugerahan yang dianjurkan bersama Persatuan Fesyen, Pemodelan dan Pageant Malaysia (MFMPA) dan Majalah Santai Travel, bakal menyediakan 60 Anugerah dalam pelbagai kategori berkaitan industri pelancongan.

“Anugerah Industri Pelancongan ini adalah satu penghormatan dan penghargaan tertinggi kepada individu dan organisasi yang menunjukkan prestasi cemerlang dan memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan industri pelancongan. Anugerah ini juga menjadi insentif kepada penggiat industri pelancongan agar mencapai standard profesionalisma dan kualiti yang tertinggi dalam produk serta perkhidmatan” ujar Dato’ Emmy Suraya Hussein selaku Pengerusi Penganjur TIA 2024 pada majlis pelancaran TIA yang berlangsung di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada 28 Mac lalu.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu adalah Timbalan Pengarah Kanan, Pengiklan Pasaran Antarabangsa & Global mewakli Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Mohd Amirul Rizal, Presiden MITDA, Kapten (B) Mahadzir Mansor, Pengasas Majalah Santai Travel, Datuk Azlie Halim, Presiden MFMPA, Dr. Jason Hee, Pengarah Kumpulan Jualan & Pemasaran Hotel Royal Chulan, Aaron Tan dan Setiausaha MITDA, Dato Noorzaleha Baharuddin.

“Jika kita boleh melahirkan penggiat dan perkhidmatan pelancongan yang baik dan berkualiti, kita dapat membantu sasaran pelancongan negara menjelang sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026. Saya mengambil kesempatan ini menjemput semua orang untuk mengemukakan pencalonan individu dan organisasi yang layak dalam kategori masing-masing dan berharap menerima sambutan yang baik daripada orang ramai kerana ia adalah satu cara untuk mengiktiraf mereka yang telah bekerja keras selama ini untuk mempertahankan taraf pelancongan di negara ini. Terima kasih khas kepada semua rakan strategik kerana terus menyokong usaha kami dalam industri pelancongan”
Penggiat industri pelancongan tempatan dan antara bangsa serta wakil media dialu-alukan untuk mengemukakan pencalonan bagi mana-mana anugerah.

Leave a comment