
Ruang “Centre Court” meriah dengan suasana karnival yang boleh dilihat melalui khemah-khemah berwarna putih dan merah, pelbagai permainan arked dan permainan di booth yang mencabar, sesi kraf yang mengasah kemahiran minda dan tangan serta kemahiran seni bina.
“Karnival VIKids direka khas untuk memberikan keseronokan yang selari dengan elemen pendidikan kepada kanak-kanak semasa musim cuti sekolah selain daripada mencipta memori yang berkekalan untuk seisi keluarga. Kempen VIKids ini dilihat amat istimewa dalam usaha pendekatan dengan kanak-kanak dan ianya adalah bukti komitmen Kumpulan Suria KLCC dalam memberikan nilai dan kegembiraan kepada pelanggan setia kami”.
Francis Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd
Bagi ahli VIKids, mereka berpeluang merebut ganjaran yang menarik melalui “Shoppers Rewards Programme” di mana sekiranya mereka melakukan sebarang pembelian berjumlah RM300 dan ke atas di mana-mana kedai terpilih, mereka bakal menerima SATU selimut kanak-kanak esklusif ‘We Bare Bear’ tajaan Miniso.

Ahli VIKids juga berpeluang menebus SATU pas harian karnival secara percuma yang membolehkan mereka menyertai pelbagai aktiviti dan permainan yang disediakan sepanjang karnival, secara tidak langsung membawa pelbagai hadiah yang menarik secara percuma.

Antara permainan yang disediakan adalah kereta kuda berputar, permainan-permainan arked yang menyeronokkan namun mencabar, pemberian gula-gula kapas secara percuma dan aktiviti seni seperti melukis muka yang menawarkan pengalaman yang menarik buat si cilik.

Setelah menyelesaikan aktiviti kraf seperti membuat Kincir Angin Berwarna, Membina & Mewarna Pesawat Kayu dan juga aktiviti mewarna, ahli VIKids berpeluang menyertai Roda Hadiah dan memenangi hadiah menarik seperti botol air tajaan Miniso, Sand Art, Magic Spring dan banyak lagi.

Jika anak-anak anda masih belum menjadi ahli VIKids, usah bimbang. Anda masih boleh mendaftar sebagai ahli dengan membuat pembelian di mana-mana kedai dalam pusat beli-belah Alamanda dengan nilai sekurang-kurangnya RM50 di dalam satu resit.
Sementara itu, setiap hujung minggu, karnival ini akan menampilkan persembahan menakjubkan seperti seni reka bentuk belon yang akan dibuat oleh badut, persembahan ‘juggler’ yang menarik dan pertunjukan ahli silap mata yang memukau.
Sambutan Karnival VIKids di Mesra Mall

Pusat beli-belah di Kemaman ini menganjurkan Karnival VIKids bermula dari 18 hingga 22 Februari 2024. Sama seperti di Alamanda, karnival ini menawarkan pengalaman yang unik hasil jalinan kerjasama dengan Zoo Hobi Peliharaan Eksotik.

Sepanjang 5 hari, “Sports Lobby” dimeriahkan dengan suasana karnival yang ceria, penuh warna-warni,dan kewujudan taman haiwan peliharaan membolehkan pengunjung yang datang berinteraksi dengan haiwan melalui sesi memberi makan, dan pertunjukan haiwan yang menarik.

Mulai dari 20 sehingga 22 Februari, ahli VIKids berpeluang menyerlahkan kreativiti mereka melalui bengkel kraftangan, bengkel cetak cap jari, bengkel membuat pasu bunga menggunakan kapas dan juga bengkel kraftangan membuat katak menggunakan kertas.
Pembeli yang membelanjakan RM50 atau lebih dalam satu resit di mana-mana kedai terpilih boleh menebus set seni atau alat tulis, sesuai dengan pembukaan sesi persekolahan tidak lama lagi.
Pada 22 Februari pula, satu pertandingan mewarna untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun telah berlangsung. Dalam pertandingan yang terbahagi kepada dua kategori (4-8 tahun dan 9-12 tahun), semua peserta telah berjaya mempamerkan bakat seni mereka dengan memenangi hamper eksklusif.
Untuk info lanjut, layari:
⦁ Alamanda – ⦁ www.alamanda.com.my⦁ / ⦁ www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
⦁ Mesra Mall – ⦁ www.mesramall.com⦁ / ⦁ www.facebook.com/MyMesraMall

Leave a comment