LEBIH 100 HIDANGAN DITAWARKAN DI “SANTAPAN RAMADAN PUTRA” HOTEL SUNWAY PUTRA

Ramadan ini, pastikan anda mencuba hidangan Buffet Ramadan yang dimasak khas oleh chef berbakat yang dimiliki oleh Hotel Sunway yang pastinya menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang enak dengan lebih dari 100 hidangan istimewa,

Antara hidangan khas cef adalah Kambing Golek, Nasi Goreng Kambing, dan berbagai pilihan Sate dari Indonesia seperti Sate Madura, Sate Padang, Sate Kambing Kicap, dan Sate Maranggi,

Turut dihidangkan Sate Malaysia yang disajikan bersama kuah kacang.

Nikmati juga pelbagai jenis hidangan tersohor iaitu Kari Kepala Ikan. Apa yang membezakan hidangan kami Ialah kami menggunakan Salmon Kanada premium dan kepala ikan Red Snapper, yang bakal memberikan kelainan pada hidangan tersebut. Turut juga ada Sup Tulang, iaitu Tulang lembu, terkenal dengan kuahnya yang cukup rasa.

Lengkapi pengalaman makanan anda dengan berbagai pilihan kuih-muih tradisional, yang bakal menambahkan kemanisan pada hidangan anda.

Maklumat Santapan Ramadan:

  • Harga awal-bersih RM119 seorang dewasa dari 15 hari bulan sehingga 29 Februari 2024
  • Bermula 1 Mac 2024, pakej akan dijual dengan harga asal RM149 bersih seorang dewasa.bermula dari 15 Mac hingga 7 April 2024 di Coffee House, Tingkat 9, Lobi Utama
  • Pukul 7 malam hingga 10 malam

Selain itu Sunway Putra Hotel juga turut menganjurkan peraduan di media sosial untuk tetamu yang berkunjung di Santapan Ramadan Putra. Tetamu cuma perlu mengambil Selfie/Wefie terbaik mereka bersama keluarga atau rakan-rakan, dengan menggunakan prop yang disediakan, berserta keterangan “Santapan Ramadan di Sunway Putra Hotel adalah pilihan terbaik saya kerana…” Lima foto dengan kapsyen paling menarik yang dikongsikan akan berpeluang memenangi penginapan 2H1M percuma di bilik deluxe berserta sarapan pagi untuk 2 orang di Sunway Putra Hotel.

Rumah Makan Nusantara – Santapan Iftar Nusantara
Selain promosi Buffet Ramadan menarik yang diadakan di Coffee House hotel, Rumah Makan Nusantara para tetamu dengan pengalaman masakan asli Indonesia dan Malaysia. Sebagai Restauran Indonesia terkemuka di negara ini yang terletak di dalam hotel, kami menjemput anda untuk menikmati Set Menu Ramadan eksklusif kami.

Nikmati pelbagai hidangan Indonesia yang dipilih dengan teliti, terdiri dari 12 hidangan. Bermula dengan hidangan pembuka seperti Risoles, Cireng, dan Keropok Ikan, Seterusnya hidangan utama termasuk Ayam Pop Minang, Citarasa kaya Tongseng Kambing, dan Udang Harimau Bakar.

Pastikan anda mencuba pelbagai jenis pilihan Kuih-Muih Melayu yang penuh tradisi. Selain itu hilangkan dahaga dengan menikmati hidangan minuman Soda Gembira, minuman yang menyegarkan yang disajikan di Rumah Makan Nusantara.

Set Menu Santapan Iftar Nusantara Ramadan tersedia dengan harga RM139 bersih seorang dewasa, dengan tempahan minimum 4 orang satu meja. Setiap set termasuk hidangan nasi putih untuk setiap individu.

Leave a comment