MALAYSIA DATUM CULTURAL CENTRE DAYA TARIKAN BAHARU PELANCONGAN MALAYSIA

Turut hadir pada majlis perasmian adalah Pegawai Pemantau Operasi DatumCorp International Sdn. Bhd,, Y.M Tengku Azwan Khairil Azwan Tengku Abdul Samad, Director Package Development Tourism Malaysia, Encik Mohd Roslan Abdullah, Pengarah Swing & Pillows, Br Dino Loh, Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat DatumCorp International Sdn. Bhd., Hajah Suzana Zakaria, Pengurus Acara & Pelancongan Fokus, En Roul Mustaffa, Timbalan Presiden MITDA, Dato Azlie Halim, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Dato Mahmod Abas, dif-dif kehormat mewakili Ahli Lembaga Pengarah DatumCorp International Sdn. Bhd.

Y.M Tengku Azwan Khairil

Wakil Tourism Malaysia dan Tourism Selangor, agensi-agensi pelancongan, persatuan-persatuan perhotelan, tetamu-tetamu jemputan khas dan wakil media juga hadir menyaksikan perasmian MDCC.

MDCC diramalkan bakal menjadi tumpuan rakyat Malaysia serta pelancong antara bangsa kerana mereka dapat melihat dan menyertai pelbagai persembahan kebudayaan kaum-kaum di Malaysia dan yang pastinya, merasai keenakan masakan tradisional yang enak.

“Malaysia Datum Culutral Centre (MDCC) memberi peluang kepada ramai pihak seperti pemain industri Art & Craft, syarikat penyediaan acara yang menyediakan program kebudayaan seperti pertunjukan tarian tradisional, pakaian busana, permainan tradisional, jamuan menu tradisional dan banyak lagi. Ianya akan mendidik pelancong luar negara berkenaan kebudayaan yang ada di Malaysia.” menurut Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Dato’ Mahmud Bin Abbas.

MDCC menawarkan DUA pakej yang boleh ditempah iaitu:

  • Pakej MDDC Lunch
  • Pakej MDCC Dinner

Manakala Ketua Pengarah Projek MDCC, Puan Hajjah Suzana Zakaria menyatakan MDCC ibarat “bayi yang baru lahir” yang memerlukan sokongan daripada semua pihak dalam sektor pelancongan negara seperti Agensi Pelancongan, Perhotelan, Persatuan dan semua industri yang terlibat secara lagsung dan tidak langsung dalam merancakkan ekonomi pelancongan.

Pelancong boleh merasai sendiri kebudayaan etnik yang ada di Malaysia seperti majlis perkahwinan, tarian dan juga makanan tradisional di Temu Jelatek yang menjadi lokasi bagi MDCC ini.

Kemudahan pengangkutan awam seperti LRT Putra yang menghubungkan terus ke MDCC akan memudahkan pelancong datang ke sini dan kemudahan tempat parkir bas-bas persiaran yang luas adalah antara fasiliti asas yang disediakan.

Produk baharu pelancongan yang memartabatkan kebudayaan dan tradisi di Malaysia ini adalah satu usaha dari DatumCorp International Sdn Bhd (DCI) yang merupakan anak syarikat penuh Pembangunan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). DCI telah membangunkan projek DATUM JELATEK, merangkumi pembangunan perumahan mewah, Datum Jelatek Residence dan Pusat Beli Belah Datum Jelatek.

Satu kerjsama kolaborasi (MoC) telah dimeterai bersama Rakan Strategik MDCC iaitu sebuah syarikat pengurusan hotel, Swing & Pillows. Hampir 100 syarikat Agensi Pelancongan yang hadir, bakal menjadi rakan strategik bagi projek MDCC.

Bagi agensi pelancongan yang berminat untuk bekerjasama dan mengetahui lebih lanjut berkenaan MDCC, boleh hubungi MDCC Hotline di talian: 011 6135 9662.

  • Website : www.datumcorp.com.my
  • Instagram : DatumJelatekResidance
  • Facebook : DatumJelatekResidance
  • Tiktok : DatumJelatekResidance

Leave a comment