“MOH! BERBUKA DI OAKWOOD” TAWAR MASAKAN KAMPUNG DENGAN 100 ANEKA PILIHAN

Selain hidangan Melayu tradisional dan autentik, Oakwood juga menawarkan hidangan eksklusif Lamb Kabsha yang pastinya menjadi makanan paling digemari oleh sesiapa sahaja dan dijangka menjadi karya kuliner yang unik, menawarkan perpaduan rasa yang membawa penikmat makanan ke tengah-tengah Timur Tengah. Ia dihasilkan dengan mengguna ramuan tersendiri, direbus selama 2 jam sehingga dagingnya empuk,dimakan bersama beras basmathi dan juga Egg Safron, kuah Kabsa pekat bersama sos pedas Harra
Sauce.

Jamuan lazat ini akan tersedia:

  • Mulai 15 Mac 2024 hingga 7 April 2024,
  • Jam 6:30 petang hingga 10:00 malam
  • RM128+ (Dewasa)
  • RM98+ (Warga Emas)
  • RM68+ (5-11 tahun)
  • Early Bird (07 Feb – 04 March 2024)-RM98+

“Buffet Ramadan ‘MOH! Berbuka di Oakwood’ kami bukan hanya persembahan untuk deria; ia adalah satu perayaan budaya, tradisi, dan masyarakat. Kami menjemput semua untuk menyertai kami dalam berbuka puasa dengan pelbagai hidangan yang menampilkan yang terbaik dari masakan Melayu Malaysia.” kata Mondi Mecja, Pengurus Besar Malaysia Ascott Malaysia, induk Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur.

Tahun ni Chef Selebriti kami iaitu Chef Muhamad Zulfikar Ali Bin Mahdi atau dikenali ChefZ akan menyediakan semua hidangan mengguna resipi tersendiri.

Udang Sambal Petai

Jadi, nikmati kegembiraan berbuka puasa di Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur dan rasai keaslian Ramadan dengan “MOH! Berbuka di Oakwood.”

Leave a comment