Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena sidang media dan majlis pelancaran itu antaranya persembahan secara langsung Qosidah dari Munsyidaat El Qassh, tayangan video klip artis-artis yang terlibat, pelancaran album Bekalan Jiwa, persembahan secara langsung oleh Leia AzZahra.

Namun yang menjadi perhatian adalah persembahan lagu Munajat Buat Gaza oleh anak-anak Palestin di Malaysia yang dibawa khas oleh Friends of Palestine & Global Coalition.

Majlis diteruskan dengan sesi nyanyian lagu oleh artis-artis Loonaq Records, taklimat dari Yayasan UNITI, pelancaran album Munsyidaat El Qassh oleh YBhg. Professor Dr. Syed Omar Syed Agil, Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Uniti serta pelancaran lagu rasmi Kempen Solidariti Palestin Munajat Buat Gaza oleh Tuan Ayob Majid, Presiden, Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA).

Dalam majlis itu juga, anak-anak yatim dari Rumah Kasih Nurul Hasanah dan anak-anak Palestin dari komuniti Friends of Palestine & Global Coalitions diraikan. Kedua-dua pertubuhan ini ditaja oleh Yayasan UNITI, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Nakhoda Alam Resources, Anspire Signature, Rumah Kasih Hasanah dan Friends of Palestine & Global Coalitions turut sama menyumbang kepada penghasilan majlis ini.
Kumpulan Qosidah Munsyidaat El Qassh baru saja merilis album BEKALAN JIWA pada 7 Mac lalu. Projek ini merupakan rakaman album qosidah secara langsung yang hanya diringi oleh alat muzik perkusi yang dimainkan sendiri oleh anggota Munsyidaat El Qassh. Lagu-lagu yang dirakamkan adalah lagu-lagu mawlid, selawat dan zikir klasik zaman-berzaman. Album ini telah diterbitkan secara bersama oleh Loonaq Records dan sub-label di bawahnya iaitu NAKHODA ALAM RESOURCES yang dimiliki oleh artis penyanyi, komposer dan penulis lirik yang dikenali iaitu Royce Sa’ayan. Penerbit bagi album in adalah Royce sendiri dan bekerjasama dengan penerbit muzik dan rakaman iaitu Mohd Noor Mohd Zain@MadNor Hendrix serta dirakam di studio Loonaq Records di Desa Kundang, Rawang, Selangor.
Munsyidaat El Qassh yang bermaksud “Penyanyi Cerita Sirah” pada awalnya diwujudkan untuk mengisi kegiatan majlis dan upacara keagamaan, kebudayaan, juga melakukan kerja-kerja amal kebajikan (NGO). Diasaskan oleh penyanyi/komposer dan penulis lirik Royce Sa’ayan dan dibimbing oleh Cikgu Siti Hajar, pelatih vokal profesional dan anggota-anggota lain atas sifat komunti yang ingin membawa semua kecemerlangan budaya berqosidah pada generasi seterusnya.
Projek single lagu rasmi untuk IRAMA SOLIDARITI BUAT PALESTINE mula diilhamkan ketika IRAMA melaksanakan beberapa program SOLIDARITI BUAT PALESTINE yang mengumpul beberapa penggiat seni untuk membuat persembahan dan ceramah bermula di hadapan SOGO, di Masjid Jamek Kuala Lumpur dan semasa persembahan konsert Search Kidin serta XPDC. IRAMA bercadang membuat beberapa program lagi bagi mengekalkan motivasi agar terus menyokong semampu yang terdaya kepada rakyat Gaza dan Palestine, umumnya.
Loonaq Records telah menyambut idea lagu rasmi ini dan membuat rakaman yang pada asalnya untuk dinyanyikan secara beramai-ramai oleh artis Loonaq Recorsd, namun kekangan masa dan masalah teknikal untuk mengejar tempoh yang ditetapkan akhirnya telah memilih Leia AzZahra sebagai penyanyi lagu yang bertajuk: Pelancaran Lagu Single Rasmi bagi MUNAJAT BUAT GAZA. Lagu ini adalah ciptaan dan lirik oleh Haji Rozman Abas . Muzik digubah dan disusun oleh saudara Othman Masri@Man Senoi (AJK IRAMA) bersama Haji Rozman dan Din Ozon.
Dalam masa yang sama turut diperkenalkan artis Loonaq Records yang memperdengarkan single terbaru mereka (2024) dan tahun lepas (2023 dan sebelumnya) iaitu: –
- Band FrentastiX – menampilkan Syed Samudera dengan single terbaru HANYA KERANAMU yang baru dirilis pada 7 Mac 2024;
- Haris Abdul dengan single terbaru KU YAKIN…CINTA rilis pada 7 Mac 2024
- Are-Tan Rocktone dengan single terbaru bertajuk AMARAN PENCIPTA yang telah rilis pada 30 Januari 2023;
- Royce Sa’ayan dengan single terbaru bertajuk LENTERA TERPUJI rilis pada 16 Jun 2023,
- Al Fann Nasyid (BERTAHAN).
Sebelum pelancaran, akan diadakan sesi Pra-dengar album band Ozon (KRONIX II) yang merakam semula lagu-lagu yang pernah diterbitkan pada tahun 1991 lalu dengan susunan muzik terbaru. Kerja-kerja rakaman studio telah berakhir dan Ozon perlu kembali ke studio semula selepas Hari Raya untuk menyambung pula rakaman lagu-lagu terbaru dengan album bertajuk NASKAH NURANI.
Loonaq Records sedang merancang untuk mengadakan tour showcase Ozon KRONIX II dan Naskah Nurani bersama beberapa kumpulan rock metal yang masih dalam perbincangan. Setakat ini Loonaq Records belum memastikan apakah strategi untuk rilis band Ozon ini samada untuk mengeluarkan album penuh dengan mercandise artis atau sekadar merilis single satu demi satu.
Cerita lanjut untuk aktivit Loonaq Records ada di website rasmi iaitu www.loonaqrecords.com

Leave a comment