AEON CREDIT, AEON CO DAN YAYASAN AEON MALAYSIA SUMBANG RM500,000 BANTUAN GEMPA BUMI DI JEPUN

Sumbangan sebanyak RM500,000 terdiri daripada RM175,000 setiap satu daripada AEON Credit dan AEON CO, dan dana tersebut dikumpul oleh Yayasan semasa kutipan derma awam pada Januari 2024 berjumlah RM150,000.

Ng Eng Kiat, Pengerusi AEON Credit; Datuk Iskandar Sarudin, Presiden Yayasan AEON Malaysia dan Pengerusi AEON CO; Naoya Okada, Pengarah Urusan AEON CO; Lee Kit Seong, Ketua Pegawai Korporat AEON Credit; dan beberapa ahli Jawatankuasa Yayasan turut hadir pada majlis penyampaian cek tersebut.

Ng Eng Kiat berkata,

“Komitmen berterusan kami untuk menyokong mereka yang memerlukan, di peringkat tempatan dan antarabangsa, telah tertanam dalam komitmen AEON Credit terhadap kebajikan masyarakat. Hari ini, sebagai Kumpulan Syarikat AEON di Malaysia, kami berdiri bersama dalam mencapai objektif ini .

Selama bertahun-tahun, Yayasan telah menyumbang lebih daripada RM20 juta, menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan keperluan asas seperti pendidikan, tempat tinggal dan sokongan perubatan. Usaha berterusan ini membolehkan individu mencapai semula kegembiraan dalam kehidupan seharian, merealisasikan komitmen AEON untuk mencipta kesan positif dan berkekalan ke atas kehidupan mereka yang terjejas oleh kesusahan”

Leave a comment