
Kanak-kanak ini tiba di pusat beli-belah Alamanda bersama Pengurus Pertubuhan Warisan Suci, Puan Siti Khadijah Nadzri, dan disambut mesra oleh Pengurus Besar Pusat Beli Belah Alamanda, Junaidy Jamaludin, yang kemudiannya bersama-sama pihak pengurusan Alamanda membawa kanak-kanak tersebut membeli sepasang kasut raya dan pakaian raya.

Selesai membeli-belah, kanak-kanak ini diraikan dengan pemberian duit raya.

Bertambah gembira apabila mereka diberi peluang memilih sebarang menu yang diingini sewaktu majlis berbuka puasa yang diadakan di cawangan Secret Recipe.

Pengarah Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Francis Tan berkata,
“Sebagai satu-satunya pusat membeli-belah di Putrajaya, kami menyedari keperluan untuk memainkan peranan penting dalam melibatkan diri dan menyokong masyarakat secara aktif, terutamanya kanak-kanak yang tidak bernasib baik. Walaupun beraya di samping rakan-rakan dan keluarga adalah penting, kita mesti sentiasa mengingati bahawa tidak ramai yang mempunyai keistimewaan ini. Sehubungan itu, kami berbesar hati untuk berkongsi kemeriahan Hari Raya bersama anak-anak Pertubuhan Warisan Suci.”
Manakala Pengurus Pertubuhan Warisan Suci, Puan Siti Khadijah Nadzri berkata,
“Sebagai penjaga kepada anak-anak, kami berterima kasih kepada Pusat Beli Belah Alamanda kerana telah memberikan kegembiraan kepada anak-anak ini dan memberi mereka peluang menyambut bulan Syawal dengan penuh kegembiraan. Layanan istimewa daripada pihak Alamanda ini begitu bermakna untuk kami terutama kepada kanak-kanak ini”
Pertubuhan Warisan Suci adalah rumah kebajikan yang menyediakan tempat perlindungan kepada kanak-kanak yang memerlukan terutamanya anak-anak yatim.

Leave a comment