
Sebuah kereta lembu bersaiz besar di Pintu Masuk Utama pastinya mengimbau kenangan anda ke zaman dahulu.
Apabila memasuki ke ruangan Lantai Utama, anda dapat melihat suasana desa di mana terletaknya sebuah rumah ‘kampong’ yang dikelilingi bunga-bungaan berwarna-warni termasuk bunga kebangsaan iaitu Bunga Raya yang mekar dengan bangganya di antara rimbunan flora dan semak-samun buatan. Ia menjadikan suasana yang ‘hidup’ di dalam plaza yang meriah dengan persiapan Raya dengan adanya buluh lemang, sebuah pondok yang berkonsepkan Raya di desa untuk menerima para tetamu, lengkap dengan buaian berbentuk bulat yang selesa untuk diayunkan. Struktur bulan sabit yang dihiasi bunga-bungaan merupakan salah satu tarikan utama yang sinonim dengan bulan puasa dan permulaan perayaan Hari Raya. Di sepanjang kawasan plaza, suasana diterangi oleh cahaya berkilauan berbentuk bulan dan bintang, turut dihiasi dengan pelbagai bunga tropika dan hiasan, sesuai dengan tema dan memberikan sentuhan pesona kepada setiap sudut.
Pengurus Besar Sungei Wang Plaza, Encik Joseph Teo berkata,

“Kempen “Botanika Raya” di Sungei Wang Plaza mengembalikan nostalgia zaman dahulu dalam pentingnya mengejar kemodenan, kita juga memelihara tradisi, budaya dan alam semula jadi. Pada bulan mulia ini, kami telah menyusun atur suasana perayaan yang unik, lengkap dengan Bazaar “Botanika Raya” yang dihiasi penuh bunga-bungaan, penebusan hadiah Raya istimewa, dan persembahan tradisional yang memukau yang memeriahkan lagi sambutan Hari Raya.”
PELANCARAN PERDANA “BOTANIKA RAYA”

Majlis Pelancaran Perdana “Botanika Raya” telah dirasmikan oleh Cik Eliza Kow, Setiausaha Badan Pengurusan Sungei Wang Plaza dan Encik Andy Cheng, Bendahari Badan Pengurusan Sungei Wang Plaza bersama-sama tetamu terhormat dari Giant Malaysia, Stoned & Co., dan Eurekartstudio. Rakan media dan tetamu yang dijemput telah disajikan dengan gabungan fesyen, muzik, dan seni kulinari semasa pelancaran tersebut.

Persembahan nyanyian dan tarian tradisional berlangsung di pentas utama sebelum ia diubah suai menjadi platform pertunjukan fesyen untuk Stoned & Co., jenama pakaian streetwear bebas tempatan yang mempamerkan koleksi Raya terbaru mereka – Koleksi “Stoned Blessed”.
Stoned & Co. bekerjasama dengan Elecoldxhot (ECX) untuk menyajikan persembahan tarian khas secara eksklusif untuk tetamu bagi pelancaran perdana ini. Elecoldxhot terdiri daripada pasukan penari hip-hop profesional, termasuk pempengaruh media sosial dan selebriti tempatan Dennis Yin.
Usai pelancaran perdana, jamuan berbuka puasa yang lazat menanti rakan media dan para tetamu di Taste of Asia.

Semasa sesi berbuka puasa ini, satu demonstrasi masakan diadakan secara langsung oleh Giant Malaysia dan Saji, dihoskan oleh seorang chef selebriti Chef Norzailina Nordin yang lebih dikenali sebagai Chef Lin. Beliau akan berkongsi cara membuat masakan tempatan yang lazat terutamanya sajian yang digemari setiap bulan Ramadan. Chef Lin merupakan seorang chef yang mempunyai lebih dari 28 tahun pengalaman dalam bidang kulinari dan penulisan, dan beliau juga telah mengarang 40 novel dan 88 buku masakan.
HARI CERIA BERSAMA KANAK-KANAK DARI RUMAH BAKTI NUR SYAHEERAH
Sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Inisiatif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) kami yang berterusan, Sungei Wang Plaza berkongsi kegembiraan dengan 30 orang kanak-kanak kurang bernasib baik dari Rumah Bakti Nur Syaheerah dengan pengalaman sehari yang menyeronokan di plaza pada 20 Mac 2024. Bersama-sama dengan penjaga mereka, kumpulan kanak-kanak ini telah dibawa ke MinNature, yang tentunya akan memberi inspirasi dan merangsang minda mereka melalui kreativiti dan seni bersaiz mini. MinNature adalah salah satu tarikan pelancongan yang wajib dikunjungi dan mereka adalah pakar dalam mencipta dan membuat model miniatur yang mempamerkan keindahan seni bina dan budaya Malaysia.
Keseronokan diteruskan dengan Bengkel Kasut Raya DIY dengan JUMPA, di mana kanak-kanak mengambil peluang menyerlahkan daya kreativiti mereka dengan berekperimentasi dengan warna untuk menghias sepasang kasut sukan baru mereka. Sebelum mengakhiri hari mereka di plaza, kumpulan kanak-kanak ini turut disajikan dengan jamuan berbuka puasa yang lazat di Taste of Asia. Selain itu, setiap dari mereka juga menerima beg perayaan yang mengujakan, sumbangan ikhlas oleh Giant Malaysia dan Badan Pengurusan Sungei Wang Plaza agar mereka juga dapat merasai dan berkongsi kegembiraan menyambut Hari Raya.
BAZAAR “BOTANIKA RAYA”
Buatlah persediaan Raya anda di Sungei Wang Plaza, pusat sehenti untuk keperluan sambutan Raya yang mampu milik tetapi bergaya. Selain daripada ribuan pilihan yang terdapat di plaza, anda juga boleh ke gerai yang dihiasi tema “Botanika Raya” yang menawarkan pelbagai produk istimewa khusus untuk Hari Raya terletak di Lantai Utama, Sungei Wang Plaza. Bawa seisi keluarga anda untuk membeli baju Raya yang bergaya, lengkap dengan aksesori yang sepadan untuk #OOTD di pagi Raya. Selain itu, anda juga boleh mendapatkan makanan tradisi perayaan dan menyerikan rumah anda dengan hiasan rumah yang semestinya memberi impak kepada Raya anda. Nikmati pengalaman membeli-belah yang mesra dompet untuk seluruh keluarga sepanjang bulan Ramadan ini.
ACARA SEPANJANG RAMADAN

Sambutan Ramadan diteruskan dengan meriah selama sebulan dengan acara kreatif dan artistik seperti muzik, fesyen, seni dan makanan. Lantai Utama kami akan bertransformasi menjadi platform untuk Pertandingan Fesyen Unique Image, Persembahan & Pertunjukan Fesyen Raya Kanak-Kanak dan Pertunjukan Fesyen Junior Raya ALIST. Anda juga boleh mendapat inspirasi untuk pakaian Raya dari para penggemar fesyen ini. Selain itu, nikmati persembahan lagu-lagu tempatan dan tradisional dari rakan busker kami di Pintu Masuk Utama setiap petang Jumaat, persembahan tarian, Kompang dan Silat tradisi di Lantai Utama pada setiap hujung minggu.
Peminat ukulele dan orkestra tidak boleh melepaskan peluang untuk menyertai Irama Raya dengan Ukulele oleh PPMUM dan diikuti dengan Harmoni Raya: Simfoni Perayaan oleh Clap and Tap String Orchestra. Selain itu, anda juga boleh mempamerkan kreativiti anda di Bengkel Kasut Raya DIY ditaja oleh JUMPA dan hasil karya anda boleh dibawa pulang sebagai kenangan. Akhir sekali, para pembeli boleh mempelajari dari awal tentang cara pembuatan pau dari doh yang telah diperam, dibentuk menjadi saiz bulat serta diisi dengan pelbagai jenis intipati daripada Pau Pak Ngah. Pelawat juga boleh menonton demonstrasi lain tentang cara pembuatan Smoothies oleh Lolly Bowly.
PERADUAN FOTOGRAFI “BOTANIKA RAYA” BERSAMA STREETMEETMY
Sungei Wang Plaza juga bekerjasama dengan StreetmeetMY yang mana, pelanggan dan pelawat dialu-alukan untuk menyertai Peraduan Fotografi “Botanika Raya”. Para penggemar fotografi dijemput untuk mempamerkan bakat mereka dengan merakam dekorasi seni “Botanika Raya” di Pintu Masuk Utama dan Lantai Utama sehingga 31 Mac 2024. Para peserta berpeluang untuk memenangi hadiah eksklusif yang ditaja oleh Sungei Wang Plaza, juga hasil karya terbaik berpotensi dipaparkan di plaza.
Langkah-langkah penyertaan:
⦁ Ambil gambar kreatif dekorasi “Botanika Raya” di Pintu Masuk Utama dan Lantai Utama Sungei Wang Plaza.
⦁ Hantar gambar anda melalui kod QR yang disediakan.
⦁ Kongsi gambar anda di platform media sosial anda (pos Facebook atau Instagram) dengan menggunakan tanda pagar berikut:BotanikaRayaAtSungeiWangPlaza #RayaWithStreetmeetMY #SungeiWangPlazaPhotographyContest
PENEBUSAN HADIAH RAYA EKSKLUSIF
Bagi menghargai sokongan berterusan anda, kami menawarkan penebusan hadiah Raya eksklusif untuk para pembeli kami pada bulan Ramadan ini. Dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM150, pelanggan boleh menebus satu set Sampul Botanika Raya dengan maksimum DUA (2) resit yang terkumpul. Bagi mereka yang membelanjakan minimum RM350, anda boleh menebus Beg ‘Tote’ Blossom eksklusif dengan maksimum DUA (2) resit yang terkumpul. Kedua-dua hadiah premium ini adalah direka oleh ilustrator tempatan terkenal, Ashikin Hussin, juga dikenali sebagai Eurekartstudio. Penebusan hadiah boleh dibuat di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan di Aras Bawah dan tertakluk kepada terma dan syarat.
“Kesepaduan adalah kunci kepada kejayaan berterusan dan inovasi dalam setiap kempen kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan acara kami iaitu Giant Malaysia, Stoned & Co., Eurekartstudio, Rumah Bakti Nur Syaheerah, ALIST Academy Malaysia (akademi model kanak-kanak & remaja), Persatuan Pencinta Musik Ukulele Malaysia (PPMUM), Clap & Tap String Orchestra dan StreetmeetMY atas sokongan berharga mereka dalam menjadikan kempen “Botanika Raya” ini satu kejayaan,” kata Cik Michelle Siew, Pengerusi Badan Pengurusan Sungei Wang Plaza.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Sungei Wang Plaza di http://www.sungeiwang.com atau semak kemas kini secara langsung di laman Facebook Sungei Wang di http://www.facebook.com/sungeiwangplaza.
Sila tag kami di media sosial: #BotanikaRaya #HariRayaDiSungeiWangPlaza #SungeiWangPlaza

Leave a comment