Hiasan meja makan yang minimalis
Apabila mengadakan rumah terbuka untuk rakan dan keluarga, tentulah hidangan Raya menjadi perhatian utama. Untuk meja makan atau meja bufet, hiasan yang minimalis dapat memastikan ruang anda lebih teratur dan menarik. Mulakan dengan menetapkan warna asas untuk alas meja anda. Jangan ragu untuk mencuba warna-warna terang dan corak yang berani.
Anda boleh gunakan:

- Selendang meja GOKVALLA-RM29
- Alas pinggan NISSÖGA-RM9

Di bahagian tengah meja makan, letakkan tumbuhan atau bunga di dalam bekas kaca (atau jag) yang sedia ada di rumah anda. Paling penting, elakkan daripada berlebih-lebihan dan bersepah. Fokus pada aspek deko utama dan wujudkan lebih ruang untuk juadah Raya – daripada ketupat, rendang, hingga kepada kuih Raya yang lazat. Wujudkan suasana yang mesra untuk tetamu anda dengan meletakkan lilin di sepanjang meja bufet.
Anda boleh serikan dengan:

- Serahi KARAFF-RM7
- Pemegang lilin GRADVIS-RM20* / 3 unit
Ceriakan ruang tamu anda
Hari Raya masa untuk mencetuskan kenangan indah. Jadi tahun ini, cubalah untuk mengubah ruang tamu anda agar menjadi topik perbualan yang menarik. Hidupkan suasana harmoni dengan menyatukan pelbagai corak pada langsir, kusyen, dan alas. Jangan takut untuk bereksperimen dengan tekstur dan gunakan beberapa warna utama untuk melahirkan keseimbangan deko.
Ambil perhatian tetamu dengan:

- Sarung kusyen GURLI-RM15
- Sarung kusyen GOKVALLA-RM15
Tingkatkan keselesaan dan pengalaman tetamu anda dengan menjuntaikan alas yang selesa pada sofa dan kerusi berlengan anda, serta sediakan kusyen kerusi yang lebih tebal yang pasti akan membuat tetamu anda terpesona.
Langsir BYMOTT-RM40

Kusyen kerusi MALINDA (Biru gelap)-RM19*
Cara bijak untuk menambah ruang!
Jika ruang terhad, susun atur barang-barang agar lebih melegakan lagi ruang tambahan semasa waktu senggang sambil berbual-bual dan menikmati hidangan. Penggunaan bakul dan kotak storan dapat memastikan kekemasan ruang serta menambahkan lagi sentuhan dekorasi. Letakkannya di sudut bilik atau di dalam almari apabila anda memerlukan ruang tambahan. Selain itu, kusyen lantai ialah satu lagi cara bijak untuk mewujudkan ruang tambahan, bukan hanya untuk Aidilfitri tetapi juga untuk pertemuan dan perayaan pada masa yang akan datang.
Kusyen lantai GOKVÄLLÅ-RM60

Bakul TJABBIG-RM29
Ingin menambahkan keceriaan pada hari Raya? Siapkan troli snek bergerak, dan isi dengan kuih Raya kegemaran serta minuman yang menyegarkan. Ia mudah dialih masuk dan keluar, menjadikannya cara yang praktis untuk menyusun segala sesuatu dengan teratur dan mudah dicapai tanpa memerlukan banyak ruang.
Trolli VESKEN-RM42
Botol dengan penyumbat KORKEN-RM7
Balang berpenutup-VARDAGEN RM20
Untuk lebih banyak idea and inspirasi menarik, layari IKEA.my.
*Harga yang disenaraikan adalah harga diskaun yang tersedia dari 22 Mac hingga 21 Apr 2024.

Leave a comment