‘RADIANT RAYA’ DI PAVILION KUALA LUMPUR

Dari 11 Mac hingga 14 April 2024, Pavilion Kuala Lumpur akan bermandi warna-warni dengan sambutan ‘Radiant Raya’ yang menampilkan keindahan sejarah tekstil dan budaya Melayu serta kristal. Dengan berinspirasikan langit malam yang memukau, ia menjanjikan pengalaman sukar dilupakan dengan menyatukan unsur cahaya, warna dan budaya yang menakjubkan. Daripada bintang yang bergemerlapan sehingga bulan sabit gergasi yang menghiasi ruang legar ‘Centre Court’, pengunjung pasti akan terpukau dengan setiap hiasan yang berkilauan.

Dengan kerjasama Swarovski, jenama barang kemas terkenal, Pavilion Kuala Lumpur telah memulakan sambutan Aidilfitri lebih awal dengan pameran ‘pop-up’ yang megah. Pengunjung akan berpeluang menyaksikan hiasan-hiasan kristal yang menarik di sekitar ruang legar pusat beli-belah itu, termasuk empat oktagon gergasi yang melambangkan jenama Swarovski.
Buat julung kalinya, pengunjung juga boleh menerokai rangkaian Swarovski yang eksklusif dan terhad, termasuk koleksi unik daripada Creators Lab, seperti sandal AQUAZZURA Aura, kasut Phileo 005 Crystal Derby, Tiara Swarovski yang membuat penampilan sulung di 2024 Vienna Opera Ball, dan kristal Chaton Swarovski seberat 20kg – yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara! Semua koleksi ini boleh didapati secara eksklusif di Pavilion Kuala Lumpur. Jadi, tunggu apa lagi? Cepat dapatkan sementara stok masih ada!
Bagi memperhebat pengalaman pengunjung, sebuah gaun bertatahkan lebih 83,900 kristal Swarovski yang direka oleh Rizalman Couture dan tudung-tudung Bawal Exclusive turut dipamerkan secara eksklusif di pusat beli-belah itu. Di samping itu, kunjungilah gerai-gerai Bazar Ramadan di ‘Centre Court’ untuk membeli keperluan Raya, tidak kira fesyen, hadiah, mahupun makanan. Kemudian, tuju ke ke gerai Swarovski untuk menyerikan pembelian anda dengan kristal secara percuma, serta kiosk foto untuk merakam detik-detik indah sambil mengalami sinaran Aidilfitri.
Bagi meraikan warisan dan tekstil Melayu, Pavilion Kuala Lumpur telah bekerjasama dengan pereka fesyen Malaysia yang terkenal, Datuk Radzuan Radziwill serta Yayasan Tuanku Nur Zahirah yang berada di bawah naungan diraja Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, untuk mempamerkan hasil karya mereka di sepanjang Tangga Sepanyol. Saksikan ‘Pameran Fabrik Warisan Tempatan’ yang memaparkan pelbagai fabrik warisan tempatan, seperti batik dan songket tenun, yang digayakan oleh kolej-kolej yang terlibat seperti UITM Shah Alam, UCSI University, UniKL. Bagi menambah kemeriahan, Yayasan Tuanku Nur Zahirah juga akan menganjurkan sesi demonstrasi kaligrafi Islam (16 dan 17 Mac), pembuatan batik (6 dan 7 April), persembahan tarian tradisional oleh Artisan Malaysia (23, 30 dan 31 Mac) dari 3 petang hingga 4 petang, dan seni ukiran kayu (30 dan 31 Mac) dari 4 hingga 5 petang.
Selain itu, pelbagai gerai ‘pop-up’ di sekitar pusat beli-belah itu turut didirikan untuk menghiburkan pengunjung, contohnya Podium ‘Embrace The Night’ YSL Beauty (4 Mac hingga 16 April) di Pintu Masuk Utama yang menampilkan minyak wangi ikonik, solekan dan set hadiah edisi terhad daripada jenama itu. Tuju ke kiosk foto imersif digital YSK Beauty untuk merakamkan detik-detik istimewa, dan daftar sebagai Ahli YSL Dare & Love untuk menebus Fragrance Discovery Kit. Di ruang sambutan Raya, EH! yang mesra-Instagram di Aras 5 (30 Mac hingga 14 April), pengunjung berpeluang memenangi hadiah eksklusif dan mengikuti bengkel penggayaan dan kecantikan oleh Buttonscarves dan Yves Saint Laurent. Sementara itu, jenama fesyen Coach telah menghidupkan ikon klasiknya dalam bentuk replika beg Quilted Tabby raksasa di Pintu Masuk Utama Pavilion Kuala Lumpur untuk gerai ‘pop-up’ Bespoke Ramadan (14 Mac hingga 14 April). Nikmatilah seni digital Coach yang mengasyikkan, dengan hiasan seperti bintang dan bulan sabit dengan corak ‘quilted’, serta menerima paket kurma percuma sebagai hadiah eksklusif hujung minggu. Bukan itu sahaja, satu permainan digital yang direka khas untuk musim perayaan ini juga akan diumumkan tidak lama lagi, di mana peserta berpeluang memenangi beg Quilted Tabby baharu!
Bagi menyemarakkan lagi musim perayaan, pengunjung akan disajikan dengan barisan persembahan yang mempesonakan, termasuk tarian tradisional oleh Artisan Malaysia pada 23, 30, dan 31 Mac dari jam 3 hingga 4 petang.
Sepanjang kempen ini, Pavilion Kuala Lumpur akan meraikan semangat memberi dengan menawarkan ganjaran lumayan dengan kerjasama rakan kongsi perbankannya, Maybank. Pengunjung akan menerima sampul Raya Pavilion Kuala Lumpur eksklusif dengan setiap RM150 atau RM100 yang dibelanjakan dalam satu resit di semua kedai khusus melalui Kad Kredit atau Kad Caj Maybank. Selain itu, tawaran ‘Buka Puasa Special’ akan membolehkan anda menebus baucar tunai EL&N London yang bernilai RM20 dengan perbelanjaan RM300 dalam satu resit di semua kedai khusus dan kedai F&B. Lebih menarik lagi, anda juga boleh menebus set cawan kaca kristal (2 unit) atau mangkuk kaca kristal dengan kaki penyokong masing-masing dengan setiap RM1,500 dan RM2,500 yang dibelanjakan dalam satu resit menerusi Kad Kredit atau Kad Caj Maybank. Kedua-dua penebusan juga didatangkan dengan sampul Raya eksklusif tersebut.
Untuk maklumat lanjut tentang pelbagai aktiviti dan promosi ‘Radiant Raya’, layari pavilion-kl.com. Ketahui berita terkini di Facebook dan Instagram, atau hubungi Concierge Pavilion Kuala Lumpur di 03 2118 8833.
‘RIMBA RAYA’ DI PAVILION BUKIT JALIL

Terokai keindahan hutan rimba dengan sambutan ‘Rimba Raya’ di Pavilion Bukit Jalil. Dari 12 Mac hingga 21 April 2024, anda berpeluang menikmati sambutan mempesonakan di ruang legar ‘Centre Court’ Pavilion Bukit Jalil yang bermandi kehijauan. Alami keajaiban alam semula jadi dan keceriaan musim perayaan, tatkala anda bersiar-siar melalui hutan yang berhias cantik sambil menikmati melodi Raya yang berkumandang. ‘Centre Court’ pusat beli-belah itu telah diserikan dengan hiasan perayaan yang unik seperti pepohon gelembung, bunga animasi gergasi, dan rama-rama yang berterbangan bagi menceriakan suasana Raya.
Pengunjung boleh menerokai pelbagai gerai ‘pop-up’, bengkel dan persembahan di Raya Marketplace yang terletak di ‘Centre Court’ Pavilion Bukit Jalil. Saksikan pameran hebat oleh Yamaha Minuet Music, Rhumba Music, Clap & Tap Orchestra, serta pertunjukan fesyen yang bertenaga oleh Movekids. Jangan lupa untuk membeli keperluan Raya seperti hiasan rumah, pakaian dan makanan ringan di Raya Marketplace. Selain itu, sertailah bengkel membuat sampul Duit Raya oleh Cricut Malaysia, bengkel kraf Hari Raya oleh FairyTale Art & Craft, bengkel memasak oleh Present Mini Chef, dan banyak lagi!
Bukan itu sahaja, Pavilion Bukit Jalil juga bekerjasama dengan Rocketfuel Entertainment untuk memperkenalkan ‘Balik Raya’, sebuah lagu Raya istimewa yang menampilkan barisan artis berbakat Wany Kayrie, Indah Ruhaila, dan Nadeera. Pengunjung akan berpeluang menyertai pelancaran video muzik rasmi pada hari Sabtu, 23 Mac 2024, jam 5 petang, serta beramah mesra dengan para artis dan selebriti Astro yang lain.
Pastikan anda melawat Pusat Pameran Pavilion (PEX) Bukit Jalil untuk menyaksikan pameran Signature Home Expo (12 hingga 14 April) yang menghimpunkan pelbagai jenama rekaan dalaman, penggayaan dan pengubahsuaian rumah yang terkemuka, serta pelbagai jenis perabot di bawah satu bumbung.

Sepanjang kempen ini, pengunjung boleh menebus sampul hijau ‘Rimba Raya’ eksklusif, baucar beli-belah bernilai RM20, dan satu La Gourmet Thermal Flask 250ml masing-masing dengan perbelanjaan RM100, RM500 dan RM1,000. Ahli Pavilion Privileges boleh menikmati promosi ‘pembelian-dengan-pembelian’ eksklusif yang dianjurkan dengan kerjasama DuluKini untuk perbelanjaan minimum RM80 – sementara stok masih ada, siapa cepat dia dapat. Selain itu, Pavilion Bukit Jalil juga mengadakan dua peraduan ‘top spender’ dengan perbelanjaan minimum RM200. Menerusi peraduan itu, 9 daripada semua pembelanja tertinggi akan memenangi sepasang jam tangan Rhapsody yang bernilai RM12,720 (22 Mac hingga 7 April 2024), manakala 7 lagi peserta akan menerima barang kemas bernilai RM18,496 daripada Vinstella Jewellery (8 hingga 21 April 2024).
Untuk maklumat lanjut tentang pelbagai aktiviti ‘Rimba Raya’, layari http://www.pavilion-bukitjalil.com. Ketahui berita terkini di Facebook dan Instagram, atau hubungi Khidmat Pelanggan di 03 8092 8833.
‘WARNA WARNI RAYA’ DI DA MEN USJ

Dari 15 Mac hingga 28 April 2024, DA MEN USJ akan bertukar menjadi sebuah kampung yang menawan dengan sambutan ‘Warna Warni Raya’. Alami nostalgia masa silam dengan permainan tradisional seperti sepak raga, ketinting dan gasing, yang sesuai untuk kanak-kanak atau mereka yang berjiwa muda! Selari dengan komitmen DA MEN USJ untuk memelihara warisan Malaysia dalam komuniti Subang, pusat beli-belah itu berhasrat menghidupkan semula kenangan balik kampung serta memperkenalkan permainan-permainan kegemaran ini kepada generasi muda.
Di samping itu, pengunjung boleh menangkap foto yang mesra-Instagram dalam suasana kampung yang indah, diserikan oleh bunga bougainvillaea yang mengelilingi tangga tradisional. Ia bukan hanya mencerminkan kekayaan budaya Malaysia, tetapi juga berfungsi sebagai latar belakang yang menakjubkan. Jangan lupa juga untuk menyaksikan lima lagi latar belakang foto 3D yang bertemakan taman bunga di seluruh DA MEN USJ. Lebih hebat lagi, foto-foto cantik anda akan memberi anda peluang untuk memenangi jongkong emas bernilai RM 420 menerusi peraduan #FAMILYOOTD yang dianjurkan oleh DA MEN USJ.
Sepanjang kempen ini, DA MEN USJ ingin menjemput pengunjung untuk menikmati beraneka persembahan dan aktiviti yang menghiburkan: pertandingan makan nasi lemak (27 April) untuk menguji kemampuan para ‘foodie’; mentransformasi penutup botol kepada permainan gasing yang menarik; dan bengkel ketupat untuk kanak-kanak (setiap hujung minggu dari 16 Mac hingga 7 April). Pengunjung boleh menikmati Pertunjukan Sepak Raga oleh Polis Diraja Malaysia (30 Mac), serta persembahan pancaragam oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) (6 dan 20 April)! Singgah ke ‘Warna Warni Raya Bazaar’ di Rainbow Alley untuk menjamah juadah tempatan yang enak serta membeli aksesori dan pakaian bergaya untuk menyemarakkan sambutan anda! Selain itu, pengunjung juga dijemput untuk menyertai Sustainable Fashionista Playshop pada 20 April untuk mempamerkan kreativiti mereka di pentas peragaan dengan mengubah pakaian terpakai kepada ciptaan yang bergaya lagi mesra alam!

Selepas membeli-belah, tuju ke Kaunter Informasi di Tingkat Bawah untuk mendapat ganjaran hebat – terhad kepada dua penebusan bagi setiap pembeli setiap hari. Pengunjung boleh menebus sampul Raya eksklusif dengan perbelanjaan minimum RM80 dalam satu resit di seluruh pusat membeli-belah. Dengan menggabungkan sehingga dua resit untuk setiap penebusan, pengunjung boleh menebus baucar makanan untuk perbelanjaan minimum RM250 di seluruh pusat membeli-belah (RM350 dengan resit Jaya Grocer).
Untuk maklumat lanjut tentang beraneka aktiviti ‘Warna Warni Raya’, layari damen-mall.com. Ketahui berita terkini di Facebook atau Instagram, atau hubungi Khidmat Pelanggan di 03 8021 0222.
‘HARMONI RAYA’ DI INTERMARK MALL

Intermark Mall ingin menjemput semua ke sambutan ‘Harmoni Raya’ yang berlangsung antara 14 Mac dan 21 April 2024. Sambutan ini menekankan segala hal yang melambangkan keistimewaan Aidilfitri — makanan, muzik, rumah dan filem, selain mengukuhkan komitmen pusat beli-belah itu terhadap Prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Dengan peningkatan kesedaran tentang kesan perayaan terhadap alam sekitar, Intermark Mall berazam untuk mengimbangi tradisi dan kesedaran alam sekitar melalui pertunjukan fesyen Raya yang mesra alam oleh kumpulan pereka tempatan, KL6. Kumpulan itu berusaha meminimumkan kesan industri fesyen terhadap alam sekitar melalui ‘Kaedah RRU’– guna semula serta kitar semula (‘recycle’ dan ‘upcycle’), untuk menghasilkan produk yang bergaya dan bermutu tinggi sambil menekankan pengurangan sisa, penggunaan bahan mesra alam, dan etika kerja yang saksama.

Singgah ke ‘Bazar Ramadan’ di Tingkat Atrium untuk membeli tudung, aksesori, hiasan rumah dan sebagainya daripada pelbagai jenama termasuk Bacarat dan Raya Market oleh FA’WER!. Selaras dengan usaha ESG-nya, Intermark Mall turut bekerjasama dengan Dôme Cafe untuk kempen ‘Go Green’ pada 23 Mac 2024 yang menyediakan pelbagai aktiviti Earth Hour untuk kanak-kanak.
Pengunjung juga berpeluang menyertai bengkel pendidikan dan menyaksikan pelbagai persembahan hebat. Sertailah aktiviti ‘upcycling’ dengan kumpulan KL6, seperti mentransformasi fabrik lama kepada karya fesyen baharu, dan saksikan persembahan silat, tarian kebudayaan dan gamelan yang tersedia sepanjang kempen ini.
Pengunjung yang membelanjakan RM150 dalam satu resit boleh menebus sampul Raya eksklusif, manakala mereka yang membelanjakan RM350 dalam satu resit boleh mendapat satu beg jut Intermark Mall yang istimewa. Tiga pembelanja tertinggi juga akan mendapat periuk kecil STAUB Pepper Cocotte (merah/kuning) yang bernilai RM299 setiap satu!
Untuk maklumat lanjut tentang pelbagai aktiviti dan promosi ‘Harmoni Raya’, layari http://www.intermark-mall.com, ketahui berita terkini di Facebook atau Instagram, atau hubungi Khidmat Pelanggan di 03 2166 8170.

Leave a comment