
Kamera Samsung Galaxy A35 datang dengan 50 mega-pixel, Ultrawide dengan resolusi 8 mega-pixel serta makro 5 mega-pixel sedikit sebanyak memberi hasil tangkapan gambar yang cantik, memang sesuai dengan musim perayaan, lebih banyak gambar yang cantik dapat disimpan sebagai kenangan ketika menyambut hari lebaran yang datang sekali setahun. Manakala 13MP Camera Selfie memberi gambar yang menarik untuk swafoti.
Dengan NPU yang dipertingkatkan lagi keupayaannya, dapat menghasilkan gambar yang cantik meskipun diambil pada waktu malam dan dalam persekitaran yang gelap. Jadi tidak kira anda di mana dan dalam apa jua suasana, gambar-gambar yang diambil dengan Samsung Galaxy A35 5G pastinya tidak menghampakan!
Begitu juga penghasilan video oleh Samsung Galaxy A35 5G ini. Adanya Super HDR, video-video yang dihasilkan menaikkan warna-warna dan memberi gambaran yang terang. Digandingkan dengan OIS serta VDS, menghasilkan video yang lancar.
Paparan skrin seluas 6.6 inci dengan Super AMOLED resolusi 1080 memudahkan pandangan lebih-lebih lagi bagi penulis yang rabun dekat untuk membaca serta membalas mesej di WhatsApp dan Gmail setiap hari, setiap masa. Manakala kadar muat semula paparan 120HZ memudahkan pergerakan skrol di atas paparan skrin.

Namun apa yang menarik sekali mengenai Samsung Galaxy A35 5G ini adalah ia dilengkapi dengan Samsung Knox Vault. Ia adalah sistem keselamatan yang berfungsi melindungi data-data sensitif dalam telefon pintar seperti penggunaan password, log in dan juga data kewangan.

Lekuk di tepi kanan kerangka pula menjadikan pegangan telefon terasa lebih erat dan kemas malah memudahkan pencarian butang yang terletak di bahagian tepi.

Penggunaan telefon pintar ini juga boleh dalam jangka masa yang lama iaitu sehingga dua hari memandangkan ia mempunyai saiz bateri yang besar iaitu 5,000mAh. Meskipun saiz baterinya besar, ia tidak menjejaskan tempoh caj malah ia disokong dengan kemampuan caj yang laju iaitu 25W. Jadi anda tidak perlu risau jika kehabisan bateri sewaktu on-the-go kerana mengambil masa yang tidak lama untuk dicaj.
Samsung Galaxy A35 meskipun mempunyai reka bentuk premium tetapi ia adalah mampu milik atau ‘pocket-friendly’ di mana ia boleh dimiliki pada harga RM1,6999 sahaja.

Leave a comment