AISKRIM LA CREMERIA SEBAR KEGEMBIRAAN HARI RAYA KEPADA LEBIH 10,000 KELUARGA

Lebih daripada 30 ahli kumpulan Nestlé (Malaysia) Berhad telah meluangkan masa untuk mengagihkan aiskrim kepada keluarga yang tinggal di bangunan kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR) di Pinggiran Bukit Jalil, Flat Taman Puchong Permai dan Puchong Utama sebagai sebahagian daripada kempen Raya ‘Together-gether Bersama Nestlé LA CREMERIA’.

Turut serta mengagihkan aiskrim ketika kunjungan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Juan Aranols dan Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestlé Ice Cream Malaysia, April Wong. Lebih daripada 10,000 keluarga telah menerima aiskrim tersebut.

Apa yang membezakan kempen tahun ini berbanding sebelumnya adalah penambahan tiga perisa menarik baru bagi aiskrim Nestlé LA CREMERIA iaitu Hazelnut, Summer Berries Yoghurt dan Chocolate Brownie Fudge dengan Seasalt. Penambahan rangkaian perisa pada tahun ini bertujuan untuk menyajikan kepelbagaian pengalaman yang boleh dinikmati oleh individu dan keluarga, menjadikan aiskrim ini sebagai pilihan ideal untuk sebarang majlis mahupun perhimpunan sosial.

Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia Berhad berkata,

“Mendukung semangat Raya, musim ini turut mengajar kami untuk mengambil berat terhadap komuniti Malaysia di sekeliling kami. Kempen ‘Raya Together-gether Bersama Nestlé LA CREMERIA’ sentiasa mengenai mencipta pengalaman yang penuh kegembiraan dan kami amat gembira untuk berkongsi detik-detik berharga ini bersama dengan komuniti di sekeliling kami. Melihat senyuman yang terpancar di wajah penduduk mengukuhkan komitmen kami untuk menyampaikan impak positif, bukan hanya pada tahun ini, tetapi juga untuk tahun-tahun yang akan datang. Nestlé LA CREMERIA, seperti produk Nestlé Ice Cream yang lain dihasilkan secara tempatan di Chembong, Negeri Sembilan oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia. Kami berharap Nestlé LA CREMERIA akan terus menjadi mercu tanda kebaikan serta memberi inspirasi kepada orang lain untuk bersatu dan membawa senyuman dalam kehidupan mereka yang memerlukan.

Encik Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang, aktivis sosial, menambah,

“Saya berasa amat gembira untuk bekerjasama sekali lagi dengan Nestlé LA CREMERIA untuk menyebarkan senyuman kepada lebih ramai individu pada musim Raya ini. Menyaksikan syarikat-syarikat besar seperti Nestlé Malaysia Berhad sentiasa mengutamakan kesejahteraan masyarakat kami benar-benar menyentuh hati. Amalan memberi balik kepada masyarakat adalah penting dan ia adalah amalan yang harus dilakukan oleh orang ramai untuk memberi impak positif kepada kehidupan orang lain dan mewujudkan masa depan yang lebih cerah untuk semua.”

Nestlé LA CREMERIA, yang terkenal dengan rasa yang lazat dan mewah dengan perisa adalah merupakan satu jenama premium di bawah rangkaian Nestlé Ice Cream sejak 2002. Tersedia dalam bentuk pint dan batang, aiskrim Nestlé LA CREMERIA boleh didapati dengan mudah di semua pasar raya dan kedai serbaneka tempatan pada harga yang berpatutan.

Leave a comment