DALAMI DUNIA MANGA “ATTACK ON TITAN: THE FINAL” DI FAHRENHEIT88

Jadi, Inilah peluang keemasan bagi peminat siri terkenal ini untuk mendalami dunia Titan dan meraikan legasi salah satu siri manga yang ikonik sepanjang zaman.

Sorotan Pameran

Dasar Pilihan Kemanusiaan

Pengunjung digesa untuk memilih kesetiaan mereka: “Di Dalam Tembok atau Di Luarnya?” Keputusan itu membawa mereka ke laluan yang bercabang, justeru menyaksikan pengalaman kehidupan langsung seakan-akan di dalam dunia “Attack on Titan.”

Melebihi 180 Barang Pameran

Dengan lebih 180 keping replika manuskrip, pengunjung mendapat peluang eksklusif untuk menghayati detik-detik penting daripada siri ini, dan menyelami pandangan dari sebalik tabir tentang penciptaan “Attack on Titan.” Sejak pencetusan manga hingga penamat epiknya, pameran itu akan memperlihatkan dunia distopia oleh Isayama yang luas, dengan menampilkan karya-karya yang menawarkan pandangan mendalam berkenaan proces kreatif di sebalik siri ini.
Patung kembung Titan bersaiz sebenar, diorama, pakaian dan “props” meningkatkan lagi pengalaman yang mengasyikkan, lalu membolehkan peminat merakam kenangan dengan foto bersama watak kegemaran mereka.

Wayang Pertempuran Titan yang Hebat

Tambahan juga, para hadirin boleh melibatkan diri dalam pengalaman pawagam mini 2D yang unik, dilengkapi dengan prop 3D, menawarkan cerapan mendalam tentang kehebatan pertempuran dalam siri ini.

Aktiviti Interaktif

Bersedia untuk menemui semula Titan dan sertai Latihan “Cadet Corps” melalui pengumpulan cop yang menyeronokkan semasa melawat pameran. Dapatkan risalah acara anda, dan kumpulkan kesemua sembilan cop sambil anda melalui pameran ini. Setelah anda telah mengumpul semua cop, bergerak ke stesen akhir dan selesaikan latihan anda. Pilih sama ada untuk menyertai Rejimen “Scouts,” Rejimen “Garrison,” atau Regimen “Military Police,” dan sijil kehormat oleh Keith Sades akan dianugerahkan untuk merasmikan majlis bahawa latihan telah lengkap. Ia merupakan satu cara unik untuk berinteraksi dengan detik “Attack on Titan” kegemaran anda – sertai latihan, kumpulkan cop dan sertai pertempuran untuk memastikan Pulau Paradis selamat.

Kafe Kolaborasi

Sebuah kafe kolaborasi akan dibuka serentak dengan pembukaan Pameran “Attack on Titan: The Final” di Malaysia. Dengan menampilkan menu khas untuk pameran ini, ia memberi tumpuan pada hidangan ringan yang mesti dicuba.

Barangan Rasmi

Terdapat jualan “merchandise” di pameran dengan barisan barangan asal. Selepas menyaksikan dunia “Attack on Titan,” pengunjung boleh mendapati “merchandise” yang akan mula jualan perintisnya di Malaysia; suatu peluang yang tidak boleh dilepaskan!

Ketibaan pameran ini di Kuala Lumpur bertepatan dengan mengukuhkan lagi impak berpanjangan dari “Attack on Titan” sebagai budaya popular. Peminat siri ini dijemput untuk turut meraikan pameran manga monumental ini.

Tiket boleh dibeli sekarang melalui Ticket2U dan Incutix.

Untuk butiran lanjut, sila layari laman web berikut:

Attack⦁ ⦁ on⦁ ⦁ Titans⦁ ⦁ Exhibition⦁ Facebook
Attack⦁ ⦁ on⦁ ⦁ Titans⦁ ⦁ Exhibition⦁ Instagram

Leave a comment