SSI RAI ULANG TAHUN KE-10 DENGAN PELANCARAN PAMERAN TAHUNAN 100 HEROES OF ISLAM

Ketua Pegawai Eksekutif SSI, Encik Tahir Usman berkata,

“Kehadiran SSI memberi sumbangan yang ketara kepada ekonomi tempatan di Selangor. Selain menarik minat murid tempatan, sekolah ini juga menjadi daya tarikan kepada keluarga antarabangsa. Ramai ibu bapa, yang tertarik dengan reputasi cemerlang SSI, memilih untuk menetap di Selangor, sekali gus membantu merancakkan ekonomi tempatan melalui sumbangan mereka kepada sektor perumahan, perbelanjaan pengguna, dan pelbagai perkhidmatan. Kami mewujudkan perkongsian harmoni yang mencorakkan masa depan ummah bersama ibu bapa, penjaga, guru yang berdedikasi dan murid-murid cemerlang kami. Dalam meraikan kemajmukan dan memupuk kecemerlangan akademik, SSI bukan sahaja mengasuh minda muda tetapi juga memperkayakan kerencaman budaya masyarakat kita,”

Dalam acara yang turut dihadiri ibu bapa dan bakal murid itu, SSI turut mengambil peluang berkongsi pencapaian akademik institusi tersebut sehingga kini. Sejak IGCSE ditawarkan kepada murid-muridnya pada 2017, kadar kelulusan peperiksaan tersebut adalah 100% dengan purata 89.5% murid memperoleh gred A*-B. Semasa peperiksaan IGCSE baru-baru ini, salah seorang murid SSI dianugerahkan pencapaian Top In Malaysia untuk sukatan pelajaran Cambridge IGCSE Islamiyat semasa Anugerah Pelajar Cemerlang Cambridge.

Seven Skies International School (SSI), sebuah sekolah Islam antarabangsa yang berprestij tinggi di Malaysia, menyambut ulang tahun kesepuluhnya dalam landskap pendidikan Malaysia. Bermula dengan 8 orang murid pada tahun 2014 dan kini berkembang kepada 400 orang, SSI menggunakan kerangka Early Years Foundation Stage (EYFS) UK untuk kanak-kanak tadika, UK National Syllabus untuk murid sekolah rendah dan IGCSE Cambridge untuk murid sekolah menengah peringkat O Level dengan berfokuskan kepada tiga teras iaitu Pengajian Al-Quran, Pengajian Islam dan Bahasa Arab.

Selain pendidikan akademik yang berkualiti, SSI juga menawarkan program Pembinaan Sahsiah (Character Development Programme) unik yang menjadi intipati utama sukatan pelajarannya. Program ini memberi tumpuan kepada pembinaan kemahiran insaniah, memupuk jati diri dan kemahiran kepimpinan serta kestabilan emosi murid. Latt Danial, seorang lepasan SSI berkata “SSI membentuk identiti saya bukan sahaja sebagai seorang Muslim, tetapi juga sebagai seorang individu. Nilai-nilai asas yang saya pelajari tentang menjadi individu yang berguna kepada masyarakat diterapkan oleh SSI – daripada asas ibadah Islam sehinggalah kepada kemahiran insaniah dan dalam bab akhlak. Saya masih istiqamah dengan semua tunjuk ajar daripada SSI sehingga hari ini. Saya sangat bersyukur dengan didikan yang diberikan. Selain itu, aspek-aspek lain seperti pembinaan sahsiah yang dipupuk oleh SSI ke dalam jiwa saya dan perkara-perkara seperti adab makan, adab sesama manusia dan akhlak dalam memuliakan guru, sentiasa saya amalkan. Ia kini sebahagian daripada identiti saya dan saya amat berterima kasih kepada SSI”. Penekanan SSI terhadap pendidikan holistik merupakan pelaburan dalam pembangunan modal insan. Ia menyediakan murid untuk berjaya pada masa depan dalam pelbagai bidang profesional dengan memupuk pembangunan intelek, budaya dan agama murid.

Bagi mengetahui maklumat lanjut tentang Seven Skies International School, sila kunjungi www.sevenskies.edu.my

Leave a comment