Mula diperkenalkan di pasaran Malaysia pada Mac 2024, Samsung Galaxy A35 5G mempunyai penampilan yang lebih hebat dengan peningkatan ciri serta spesifikasi jika dibandingkan dengan siri Samsung Galaxy A yang lain.
Antaranya:

Reka bentuk Premium
Lebih bersandarkan kaca, pembuatan Samsung Galaxy A35 5G tidak lagi mengguna plastik, menjadikan penampilannya lebih nampak premium. Ia juga mengguna Gorilla Glass Victus + pada rangka hadapan telefon. Adanya perlindungan Gorilla Glass Victus + ini, permukaan kaca depan lebih tahan gores dan mengurangkan risiko retak mahupun pecah apabila terjatuh. Mempunyai dimensi 161.7 x 78 x 8.2mm dengan berat 209g.
Lebih kemas dipegang
Lekukan di bahagian kiri telefon pintar ini menjadikan genggaman lebih erat dan kemas. Malah pencarian butang ‘Kuasa’ mengguna jari juga mudah.
Tiga pilihan rekaan yang menakjubkan
Anda boleh pilih IceBlue, Navy mahupun Awesome Lilac. Namun, rekaan Lilac paling cantik dengan penggunaan rona ungu lembut, yang tidak pernah dijumpai di pasaran mana-mana.
Paparan skrin yang awesome
1080 AMOLED pada skrin seluas 6.6 inci menghasilkan paparan yang lebih cantik tatkala digunakan. Penggunaan warna yang ceria memberi impak pandangan yang berbeza. Malah adanya ciri Vision Booster, anda masih boleh melayari telefon meskipun berada di bawah matahari yang terik atau berada di persekitaran yang terlalu terang.
Penghasilan gambar yang jelas

Meskipun dari jauh mengguna zoom, gambar yang terhasil daripada NPU yang dipertingkatkan, menghasilkan gambar yang jelas meskipun pada persekitaran yang suram.

Manakala resolusi tinggi 50MP turut menghasilkan gambar yang cantik seperti di atas.
Samsung Knox Vault

Perkembangan terbaharu dalam siri Galaxy A ialah pengenalan “Samsung Knox Vault”, cip keselamatan perkakasan yang direka untuk melindungi data sensitif dengan menyimpannya secara berasingan daripada komponen silikon dan memori utama.
Sistem keselamatan Knox meningkatkan perlindungan ini, kerana ia mempunyai pelbagai lapisan keselamatan merentas perkakasan dan perisian
Ini ialah penyelesaian mudah alih selamat Samsung yang menyediakan perlindungan masa nyata untuk data daripada penggodam yang biasanya akan mengodam telefon bagi mendapatkan akses kepada data peribadi seperti mesej dan dokumen, penjejakan lokasi, mengekstrak kata laluan dan bukti kelayakan log masuk, malah mengawal telefon anda dari jauh.
Adanya cip Knox Vault ini dalam Sansung Galaxy A35 5G ini, ia akan
■ Auto Blocker: Menyekat aplikasi yang tidak diketahui daripada akses tanpa kebenaran ke telefon anda.
■ Melabelkan nombor telefon yang tidak diketahui dan tidak selamat yang berpotensi penipuan atau penipuan panggilan telefon. Dengan kejadian Scammer yang kerap terjadi, maka Knox Vault dapat memberi perlindungan keselamatan.
■ Menyediakan penyulitan hujung ke hujung untuk penyimpanan data pada Samsung Cloud.
Sistem penyejukan yang dipertingkatkan

Menjadikan pengalaman bermain permainan mengguna Samsung Galaxy A35 5G ini lebih seronok kerana sistem penyejukannya atau Vapor Chamber telah dipertingkatkan dan diperluaskan sehingga 70% agar anda boleh bermain permainan yang digemari lebih lama.
Bateri yang besar
Samsung Galaxy A35 5G boleh bertahan sehingga 2 hari penggunaan memandangkan baterinya besar iaitu 5,000mAh.
Kalis air dan debu
Tidak perlu risau jika anda terperangkap dalam persekitaran sebegini kerana anda masih boleh mengguna telefon pintar ini.
Adanya ciri-ciri yang dipertingkatkan ini, maka Samsung Galaxy A35 5G pastikan jadi pilihan anda.

Leave a comment