Dengan tema rasmi, Watsons K-Beauty Festa: Be Seoul Beautiful 2024, festival yang berlangsung selama 4 hari ini bermula dari 9 hingga 12 Mei di Jiospace, Petaling Jaya menawarkan pelbagai produk dari kategori kecantikan, kesihatan dan penjagaan diri.

“Tahun 2024 meyakinkan kami bahawa K-Beauty adalah lebih daripada sekadar trend; kategori ini terus memacu industri kecantikan dengan inovasi, kelestarian, dan penawaran pelbagai produk yang menjadi penanda aras industri. Tahun ini adalah tahun kedua penganjuran festival ini dengan lebih banyak pilihan ekslusif produk kecantikan dan kesihatan Korea buat pelanggan kami. Kami akan terus mencipta pengalaman membeli-belah yang unik buat ahli dan pelanggan, untuk mengekalkan status kami sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan O+O No.1 Malaysia,” ujar Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia dan Pengarah Eksklusif Serantau Watsons International.

Mereka yang datang ke Watsons K-Beauty Festa 2024 boleh mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai jenama Korea kegemaran, sambil menyertai aktiviti di kawasan pameran yang menawarkan pelbagai sampel percuma dan saguhati yang menarik.

Pengunjung turut akan menerima baucar e-duit RM 20 ketika mendaftar dengan mempamerkan kod QR. Pelbagai tawaran menarik turut menanti seperti ramah mesra bersama pempengaruh kecantikan, aktiviti gerai yang menyeronokkan, serta sudut Korea dengan zon K-Pop, mencuba pakaian tradisi hanbok, penggayaan rambut oleh JennyHouse, dan bengkel sepanjang festival berlangsung.

Tambah Caryn,
“Kami galakkan agar pengunjung festival untuk berinteraksi dan menyertai aktiviti menarik disediakan di pameran K-Festa, dan mengenali dengan lebih lanjut jenama-jenama ekslusif hanya di Watsons Malaysia.”

Anda boleh dapatkan pelbagai potongan harga daripada lebih 50 jenama. Ahli Watsons Club juga berpeluang memenangi percutian 5 hari 4 malam ke Seoul, Korea anjuran bersama dengan Organisasi Pelancongan Korea. Sehingga 13 Mei ini, ahli hanya perlu berbelanja RM120 dan keatas di kedai atau atas talian untuk layak.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Watsons K-Beauty Festa 2024, sila layari https://www.watsons.com.my/promo-k-beauty

Leave a comment