
Watak ini dilakonkan oleh pelakon popular Zul Huzaimy yang membawa watak Syazwan seorang lelaki yang memiliki semangat juang tinggi dan berjiwa besar, terpaksa berdepan dengan kesukaran selepas dia kemalangan dan terjunam di dalam hutan bersama rakan baiknya Syazwan. Sementara itu, isteri dan adik Syazwan, iaitu Nisa dan Suria melakukan yang terbaik untuk mencari mereka.
Bolehkah Syazwan menyelamatkan dirinya?

Pihak produksi KASH PICTURES SDN BHD serta edaran METROWEALTH mengucapkan jutaan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) atas DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) yang telah diberi bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan seterusnya dapat menemui penonton di pawagam.

KASH PICTURES SDN BHD juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada media cetak dan media elektronik, ‘bloggers’, ‘influencers’, Tiktokers, Youtubers dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak untuk mempromosikan filem Ngesot ini yang sudahpun menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 09 Mei 2024.

Maklumat Filem Ngesot
Dihasilkan oleh : Kash Pictures Sdn Bhd Penerbit : Prakash Murugiah, Mynn Lee Diterbitkan Bersama : Temasek Studios Teo Jason
Pengedar : Metrowealth (MiG) Penerbit Bersama : Teo Jason Pengarah : Ayez Shaukat
Judul : NGESOT
Genre : “Survival Thriller”
Pelakon Malaysia : Zul Huzaimy , Sharifah Sakinah, Luqman Hafidz, Khir Rahman, Zakaria Zahid, Erynn Abdullah dan ramai lagi
Tempoh Penggambaraan: 14 hari
Jumlah Pawagam; 47
Lokasi Penggambaraan : Hutan Gombak , Kuala Lumpur
Tarikh Tayangan : 09 Mei 2024

Leave a comment