KEMPEN ‘GOLDEN TICKET’ SURIA KLCC KEMBALI LAGI BUAT KALI KE-5

Seperti tahun-tahun sebelum ini, kempen ‘Golden Ticket’ membuka tirainya terdahulu bersama-sama rakan media dan pempengaruh ternama pada 10 Mei lalu. Lebih daripada 40 media hadir dan akhirnya media daripada Sinar Harian dan seorang pempengaruh berjaya mendapatkan Golden Ticket yang membawa pulang hadiah RM5,000 dalam bentuk e-baucar beli-belah. Manakala pemenang Silver Ticket membawa pulang selendang eksklusif dari Fendi.

Penampilan ‘Silver Ticket’ ini bakal memukau pengunjung dengan inspirasi sentuhan mewah. Bagi mereka yang berjaya mencabut ‘Silver Ticket’ ini, mereka akan memenangi barangan mewah terkemuka, antaranya termasuklah sebentuk gelang Bvlgari, dompet wanita Dior, selendang eksklusif Fendi, beg selempang Gucci, pengering rambut Dyson, rantai emas Luk Fuk, telefon pintar iPhone 15 Pro, kerusi urut Osim, dompet Prada, beg selempang Saint Laurent, Samsung Galaxy Z- Flip 5, rantai berlian Tomei, dan beg bagasi Tumi.

Kempen ini turut dibuka kepada pengunjung yang membeli-belah di Suria KLCC bermula dari 11 sehingga 26 Mei. Cabutan bagi Golden Ticket dan Silver Ticket ini dilakukan pada setiap hari. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mencuba nasib anda dengan membeli-belah di Suria KLCC.

Menarik tahun ini adalah dekorasi kempen bertemakan suasana karnival yang ceria dengan beberapa aktiviti permainan yang menarik, lebih-lebih lagi pada hujung minggu disediakan aktiviti lukisan muka serta belon pusing. 100 pembeli pertama untuk setiap hari akan menerima sebuah token hadiah. Turut disediakan kios foto bagi anda yang ingin merakam detik keriangan dan ia disediakan secara percuma.

Pembeli hanya perlu berbelanja RM1,000 dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih dan berpeluang menyertai kempen ini. Semua pemenang ‘Golden Ticket’ dan ‘Silver Ticket’ akan diraikan di “Wall of Winners” yang mana foto dan video mereka akan dipaparkan di skrin berputar di Centre Court.

Para pembeli akan menerima undangan untuk merasai suasana riang taman karnival, di mana mereka boleh mengambil bahagian dalam perlbagai aktiviti karnival sepanjang tempoh kempen berlangsung. Para pembeli juga berpeluang untuk merakam detik berharga di kios foto yang mana mereka juga akan mendapat salinan foto tersebut secara percuma.

“Seiring dengan pelancaran edisi kelima kempen The Golden Ticket ini, kami berbesar hati untuk meneruskan tradisi kami dalam mencipta memori dan memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami. Kempen ini menjadi lebih istimewa apabila setiap pelanggan adalah pemenang! Kami amat komited dalam memastikan para pelanggan kami berpeluang untuk menikmati pengalaman beli-belah yang lebih bermakna selain dari melihat usaha ini sebagai sebuah budaya beli-belah yang sihat di Kuala Lumpur,” ucap Francis Tan, Ketua Pengarah Urusan, Suria KLCC Sdn Bhd.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan ‘The Golden Ticket’ dalam talian, yang menawarkan hadiah menarik di platform media sosial Suria KLCC.

Pusat Beli-Belah Alamanda

Di Alamanda Putrajaya, Kempen ‘Golden Ticket’ bakal berlangsung dari 18 Mei sehingga 3 Jun. Seiring dengan Kempen ‘Golden Ticket’ yang berlangsung di Suria KLCC, para pembeli yang berbelanja RM500 ke atas melalui dua resit dari kedai kedai terpilih berpeluang untuk menyertai kempen ini. Lokasi kempen ini yang menampilkan 50 kotak misteri bakal menanti para peserta di ruang legar aras G.

Para peserta berpeluang untuk memenangi sekeping ‘Golden Ticket’ yang bernilai RM1,000 dalam bentuk Baucar Pusat Beli-Belah Alamanda atau ‘Yellow Ticket’ juga dalam bentuk Baucar Pusat Beli-Belah Alamanda.

50 cabutan tiket akan dilakukan setiap hari yang terdiri daripada sekeping ‘Golden Ticket’ dan 49 keping ‘Yellow Ticket’. Tidak kurang dari itu, 3 pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi sebuah iPad jenama Apple melalui cabutan bertuah eksklusif yang akan diadakan selepas kempen tersebut.

Setiap tiket yang tidak ditebus akan dibawa ke hari yang seterusnya. Secara tidak langsung, para pengunjung mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk membawa pulang ganjaran hebat.

Pusat Beli-Belah Mesra

Kempen ‘Golden Ticket’ kini kembali dengan sambutan tahunan yang ke-3 di Pusat Beli Belah Mesra, Kemaman, Terengganu yang bermula dari 10 sehingga 30 Mei.

Usulan dari perancangan dan koordinasi kempen yang berjaya pada tahun sebelum ini, kempen ‘Golden Ticket’ menjemput para pembeli untuk menyertai kempen kali ini dengan berbelanja sebanyak RM300 dan ke atas melalui dua resit di mana-mana kedai terpilih di Pusat Beli Belah Mesra.

Kempen ini akan diadakan di Centre Court yang akan menampilkan 55 buah kotak misteri. Para pelanggan berpeluang memenangi sekeping ‘Golden Ticket’ atau ‘Blue Ticket’. Tiket-tiket ini terdiri daripada hadiah utama Baucar Beli-Belah Mesra bernilai RM1,000 dan juga Baucar Beli-Belah Mesra yang bernilai RM30.

Untuk info lanjut, layari:
⦁ Suria KLCC – ⦁ http://www.suriaklcc.com.my / ⦁ http://www.facebook.com/SuriaKLCCMall
⦁ Alamanda – ⦁ http://www.alamanda.com.my / ⦁ http://www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
⦁ Mesra Mall – ⦁ http://www.mesramall.com / ⦁ http://www.facebook.com/MyMesraMall

Leave a comment