“Hadiah ini merupakan kereta pertama saya, dan kemenangan ini telah mengubah kehidupan saya. Saya kini lebih bermotivasi untuk mendapatkan lesen memandu agar dapat membawa ibu bapa saya yang semakin tua dan menjaga keperluan keluarga,”

Peraduan Kebaikan & Kebahagian Berbuka Bersama Lactel, yang dianjurkan dari 1 Mac hingga 30 April, menerima penyertaan yang memberangsangkan daripada pengguna Lactel sepanjang tempoh kempen.
“Di Lactalis, kami mengutamakan keperluan khasiat harian , terutamanya pada bulan Ramadan, yang merupakan tempoh yang penting bagi umat Islam di Malaysia . Minuman yogurt Bliss kami, yang sejuk dan menyegarkan, amat bermanfaat pada bulan ramadhan dan musim panas . Diperbuat dengan yogurt dan adunan jus buah-buahan sebenar dan kultur hidup, yogurt Bliss menyokong penghadaman untuk waktu sahur dan berbuka puasa. Selain itu, Yogurt Set Asli Lactel, tidak mengandungi gula tambahan dan rendah lemak. Lactel Yogurt Set Asli juga menjadi pilihan popular pada bulan Ramadan dan Hari Raya, menawarkan alternatif yang lebih sihat dari penggunaan santan dan mempertingkatkan perapan daging untuk hasil yang lembut, terutamanya dalam masakan rendang dan kari .
Lactel Malaysia kekal berdedikasi untuk menyampaikan produk tenusu berkualiti tinggi, bernutrisi dan berkhasiat dalam penggunaan harian, kesemua produk Lactel adalah produk dikilangkan di Petaling Jaya. Mengutamakan rasa dan kesihatan, jenama Lactel komited untuk menghasilkan yogurt dan minuman yogurt yang berkualiti untuk setiap isi rumah di Malaysia, termasuk kanak-kanak, melalui inovasi berterusan dengan ramuan berkualiti dan formula produk yang ringkas. Lactel menawarkan rangkaian yang luas dan pelbagai perisa dalam produk tenusu,menyokong dan menjaga kesihatan usus kesejahteraan setiap pengguna,” jelas Paul Cazes, Pengurus Besar Lactalis Malaysia
Peraduan itu telah menghimpunkan rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat dalam semangat kegembiraan dan kebersamaan dengan menjemput mereka untuk membeli produk Lactel bernilai RM15 dalam satu resit dan berpeluang memenangi:
- Perodua Bezza 1.3G
- TV Sharp 42-inci
- Pembersih hampagas Slim Fluffy Dyson V8
Manakala antara hadiah mingguan lain termasuk La Gourmet Vintage Tiffin dan kredit e-Wallet Touch n’ Go.
Untuk maklumat selanjutnya dan kemas kini mengenai Lactel Malaysia, sila layari:
- https://lactel.com.my
- Facebook atau Instagram Lactel

Leave a comment