
Lush Malaysia juga mengumumkan kerjasama strategik dengan Coralku, sebuah organisasi penyelidikan terumbu karang bukan berasaskan keuntungan yang terlibat dalam usaha pemulihan dan pemuliharaan. Kerjasama ini bertepatan dengan misi Lush untuk meningkatkan tahap kesedaran tentang ancaman terhadap terumbu karang di Malaysia dengan membantu projek pemuliharaan terumbu karang di sekitar Pulau Lang Tengah.

Pengarah Lush Malaysia, Dr Harvinder Harchand, berkata,

“Acara pameran ini ialah bukti kesungguhan kami untuk mencipta impak positif kepada komuniti dan alam sekitar kita. Kerjasama berterusan dengan Coralku ini memperhebat misi kami untuk mendorong tahap kemajuan kolektif ke arah masa depan yang lestari. Bersama-sama, kita mengorak langkah dalam pemulihan dan pemuliharaan batu karang, yang penting dalam memelihara kesihatan ekosistem terumbu karang terutama sekali dalam tempoh krisis iklim yang tidak menentu”.
Sejak 2022, Lush menanam 450 fragmen terumbu di lapangan bersama Coralku. Bagi meneruskan kesinambungan usaha pemuliharaan ini, Lush berhasrat untuk menambah jumlah fragmen terumbu karang bagi menyumbang kepada usaha merealisasikan Lush Reef Garden.
Pengunjung yang datang ke pameran ini akan diberi penerangan mengenai pembungkusan mesra alam serta produk-produk yang dihasilkan dengan ihsan dan proses penyumberan Lush yang beretika. Semua elemen ini menyumbang kepada dunia yang lebih damai bagi generasi akan datang. Pameran ini akan tercatat sebagai sejarah penting dalam usaha Lush menuju ke arah masa depan yang lebih lestari dan beretika.
Menampilkan trend dan kejayaan cemerlang terkini, Lush juga menjadi penanda aras kepada model peranan positif dalam aspek kecantikan lestari dan impak kepada komuniti dengan memaparkan kesan buruk daripada pencemaran plastik dan pemutihan terumbu karang terhadap aspek kesihatan lautan. Pameran ini sekali gus menekankan usaha pemuliharaan alam yang perlu dilaksanakan segera.

Dalam pameran itu juga, Lush Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran aplikasi kecantikannya yang ditunggu-tunggu, iaitu The Lush MY App. Aplikasi ini memfokuskan kepada pemuliharaan dan kelestarian lautan.
Aplikasi Lush MY yang inovatif dibangunkan untuk merevolusikan pengalaman beli-belah produk kecantikan pelanggan menerusi ciri-ciri yang diperibadikan dan bersifat interaktif. Aplikasi ini memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati tawaran eksklusif dengan mudah, membeli produk kegemaran mereka dan menikmati ganjaran unik. Ia membantu pelanggan untuk mengetahui kempen-kempen yang akan datang, semuanya menerusi sebuah platform yang lancar dan mesra pengguna.
“Kami juga teruja untuk memperkenalkan aplikasi The Lush MY App, inovasi canggih yang memperhebat cara pelanggan berinteraksi dengan jenama kami. Menggabungkan teknologi inovatif dengan komitmen kami terhadap kelestarian alam, aplikasi ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang lancar dan diperibadikan, selaras dengan nilai etika kami,” kata Harvinder.

Pengunjung pameran Lush Malaysia Showcase 2024 berpeluang untuk mengalami dan menonton paparan yang interaktif dan berpengetahuan, di samping bengkel pendidikan yang menonjolkan produk-produk dan nilai Lush. Pada keseluruhannya, inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran tentang penjagaan alam sekitar dan kepentingan usaha pemuliharaan.
Antara aktiviti yang disediakan kepada pengunjung ialah:

- Bengkel Bom Mandian:
Pengunjung boleh mendaftar lebih awal atau terus hadir ke bengkel ini. Mereka akan belajar cara membuat bom mandi mengguna bahan-bahan semula jadi dengan bimbingan kakitangan Lush. - Struktur Gelombang Plastik:
Pameran arca seni memukau ini mengetengahkan isu pencemaran plastik dengan papan maklumat untuk mendidik pengunjung tentang impak sisa plastik terhadap alam sekitar dan cara untuk mengurangkan jejak plastik (plastic footprint) mereka. - Gerai Pemuliharaan Coralku:
Orang ramai dapat mengetahui cara untuk menyumbang kepada usaha pemuliharaan terumbu karang dengan mengambil terumbu karang sebagai ‘anak angkat’ atau menyertai Acara Penanaman Terumbu Karang anjuran Lush pada masa hadapan. Mereka juga boleh belajar tentang kepentingan terumbu karang dan ekosistem marin. Coralku juga akan memperkenalkan kit menyelam VR mereka yang membolehkan pengguna merasai pengalaman menyelam melalui visual mengasyikkan dan kawalan interaktif tanpa perlu masuk ke dalam air dan menyelam. - Stesen Jeli Muzikal:
Pengunjung boleh berinteraksi dengan struktur seperti jeli yang berwarna-warni. Jeli tersebut akan menghasilkan nada muzik yang berbeza, menarik perhatian deria mereka dan mencetuskan kreativiti. - Program Kitar Semula Lush Bring It Back:
Lush menggalakkan pelanggan untuk membawa balik bekas kosong produk Lush mereka untuk dikitar semula. Sebagai ganjaran, Lush akan memberikan baucar RM3 bagi setiap bekas yang dipulangkan dan baucar ini boleh ditebus di kedai Lush.

Lush Malaysia mempamerkan kesan buruk daripada pencemaran plastik dan kepentingan untuk mengamalkan ekonomi kitaran. Pada masa sama, Lush menekankan kepentingan untuk bekerjasama dengan pelanggan-pelanggannya dengan segera bagi tujuan ini. Melalui program Bring It Back, pelanggan digalakkan untuk turut serta dalam model ekonomi kitaran, sekali gus mengukuhkan komitmen Lush dalam mengurangkan pembaziran dan memulihara sumber secara lestari.
Lush ialah peneraju global dalam bidang penjagaan kecantikan beretika yang dikenali ramai kerana komitmennya terhadap aspek kelestarian, kreativiti dan inovasi. Melalui inisiatif seperti pembungkusan yang mesra alam, produk yang dihasilkan dengan penuh ihsan, dan kerjasama strategik, Lush berusaha untuk memberi impak positif kepada alam sekitar dan komuniti di seluruh dunia.
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang produk, nilai-nilai, dan pelbagai inisiatif etika Lush, sila layari: https://lush.my

Leave a comment