‘XOSOME BLUE’ DARI CALLIE UNTUK KEREMAJAAN KULIT SEMULA JADI

Dalam majlis anjuran Callie Care x Orchid Cultureitu juga, tetamu berpeluang mengetahui rahsia transformatif penjagaan kulit yang unggul dan ditambah dengan kekayaan serta kecantikan semula jadi, menyertai bengkel bunga, sesi penjagaan kulit XOSOME dan lawatan ke tempat perlindungan orkid mini.

“Usaha ini diinspirasikan daripada minat ibu saya terhadap orkid. Selain kecantikannya yang tidak dapat dinafikan, orkid mempamerkan daya tahan semula jadi yang luar biasa, membolehkan ia bertahan dan berkembang mekar dalam persekitaran yang pelbagai. Sesungguhnya, penghasilan teknologi XOSOME ini di dorong hasil daripada keazaman saya untuk mencerminkan ciri-ciri perlindungan dan pemulihan secara aktif bertujuan menjadi agen bioaktif untuk kesihatan dan penjagaan kulit yang optimum”jelas Kelly Teoh.

Edisi ‘Blue’ menawarkan beberapa penambahan pada Koleksi Penjagaan Kulit XOSOME. Tawaran sebelum ini hanya terdiri daripada Serum serta Pelembap dan kini termasuk:

⦁ Pembersih: Dirumus dengan teh hijau organik dan centella asiatica untuk memerangi pencemaran alam sekitar dan menjadikan kulit berasa segar dan bertenaga semula.
⦁ Pelindung matahari: Formulasi spektrum luas yang diselitkan dengan asid myristic dan ekstrak yis air beras untuk menghalang pengeluaran melanin dan meningkatkan kecerahan kulit.
⦁ Topeng Muka: Dirumus dengan eksosom pekat untuk menggalakkan penghasilan kolagen, mempercepatkan pembaikan dan menghidratkan kulit secara mendalam.

Set edisi terhad ini tersedia dengan pembelian rangkaian XOSOME lengkap atau set serum eksklusif. Koleksi ‘Blue’ ini akan menawarkan biji benih orkid percuma serta berpeluang memperoleh orkid Biru XOSOME yang indah.

Terokai keindahan semula jadi Callie XOSOME dan Orchid Culture di Pusat Beli-belah Bangsar dari 30 Mei hinggda 27 Julai 2024. Tempahan boleh dibuat di perkhidmatan pelanggan Callie +60 19-682 1800 & http://www.callie.care. Tempahan segera dan tempat adalah terhad.

Leave a comment