
Megatix diwakili oleh Pengarah, Ridzuan Mohammad (tengah) dan Pengerusi Bukan Eksekutif Megatix, Datuk Shariffah Maznee Al-Attas Hj Syed Noor Osman hadir dalam sesi tersebut bagi memberi penjelasan akan kekeliruan dan salah faham yang disebabkan oleh artis yang bakal berkongsi pentas bersama Alan Walker.
“Puteri Ariani tidak bersalah dalam isu ini kerana beliau memang tidak tahu yang beliau perlu kembali semula ke sidang media tersebut. Pihak ketiga yang dilantik oleh Megatix untuk menguruskan acara sepenuhnya tidak memberi maklumat kepada Puteri Ariani dan tidak berurusan dengan baik bersama wakil media. Bukan untuk membela diri, bahkan perkara yang terjadi di luar pengetahuan serta kawalan pihak Megatix sendiri. Saya tidak mengetahui situasi yang berlaku kerana perlu keluar seketika bagi meraikan kehadiran tetamu. Saya dapat tahu apabila ia tular di media sosial.
Sejujurnya, kami mahu memperbetulkan tanggapan negatif telah dilemparkan terhadap Puteri Ariani kerana menyinggung rakan media Malaysia yang telah menunggu beliau hampir dua jam dan juga tidak muncul semula selepas itu.“

Ridzuan mengakui terdapat kepincangan komunikasi yang berlaku semasa sidang media dan Megatix telah mengenal pasti pihak dan punca insiden.
Bagaimanapun, beliau tidak mahu terus memanjangkan isu dan mengeruhkan lagi keadaan dengan mana-mana pihak dan bersepakat untuk memperbaikinya secara dalaman.
Tambah beliau lagi,
“Sekali lagi, kami dan Megatix meminta maaf mengenai insiden yang telah berlaku dan diharapkan dengan penjelasan ini, dapat membersihkan nama Puteri Ariani kerana insiden itu tidak seharusnya dipertanggungjawabkan kepada Puteri Ariani semata-mata dan adalah tidak adil untuk menyalahkan beliau kerana kesilapan komunikasi penganjur yang dilantik oleh kami.
Ini kerana Puteri Ariani adalah seorang insan istimewa disayangi oleh ramai peminat muzik tempatan dan antara bangsa, memiliki bakat suara yangb luar biasa, dan dari segi personaliti beliau sorang yang positif, periang dan baik hati. Megatix khuatir kecaman yang datang daripada netizen bakal memberi kesan terhadap emosi Puteri Ariani seterusnya menjejaskan persembahan beliau di konsert yang bakal berlangsung 22 Jun nanti“
Puteri Ariani mencetus fenomena sebelum ini di pentas antarabangsa apabila menerima Gold Buzzer daripada Simon Cowell, beliau juga antara duta kecil Indonesia dalam arena muzik sama ada di peringkat serantau atau pun antarabangsa.
Akhir kata,
“Saya selaku Pengarah Megatix Sdn Bhd dengan rasa rendah hati memohon maaf kepada semua rakan media. Kami sangat menyesali insiden salah faham yang berlaku dalam sidang media sebelum ini dan sedar ia adalah atas khilaf kami. Sekali lagi, kami memohon seribu kemaafan diatas ketidaksempurnaan serta profesionalisma yang terjadi semasa sidang media tersebut.
Diharapkan, rakan media akan terus memberikan sokongan kepada Megatix dan sedia menerima penjelasan maaf kami“
Malah, Megatix juga telah menyatakan permohonan maaf secara terbuka di laman media sosial rasmi, iaitu di Instagram: https://www.instagram.com/p/C7okqtmpsl6/?igsh=aXVuaGVsYmZ6cnVs dan juga Facebook.

Megatix sedar ini turut memberi tempias dan kesan kepada peminat muzik serantau dan berharap isu ini tidak lagi didebatkan. Megatix telah mengambil iktibar dan teladan dalam pengurusan acara pada masa hadapan dan bersedia menerima teguran mahu pun nasihat rakan media.

Dalam masa sama, diharapkan rakan media serta peminat muzik akan terus memberi sokongan terhadap Megatix dalam menjayakan konsert Walker World Tour 2024 di Sunway Lagoon yang akan turut disertai oleh artis jemputan iaitu Robin Packalen serta Sofiloud.
Sebahagian daripada jualan tiket akan disalurkan kepada NGO Family of Charity yang juga merupakan rakan strategik kepada Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.
Megatix akan terus menganjurkan lebih banyak acara tempatan dan antarabangsa, dan dengan acara seperti ini, dapat menerima sokongan berterusan daripada media tempatan. Dengan penjelasan serta permohonan maaf secara terbuka ini, dapat membuka lembaran baru antara Megatix dan wakil media, dan terus melangkah ke hadapan demi memartabatkan industri muzik tanah air.

Leave a comment