ULIKE TAWAR MASA HADAPAN KECANTIKAN DENGAN MEMBUKA KEDAI ‘POP-UP’

Melalui sokongan padu yang ditunjukkan oleh peminat, Ulike, jenama Peranti Penyingkir Bulu di Rumah Nombor Satu Dunia 2022, dan jenama isi rumah yang dipercayai dalam sektor kecantikan serta penjagaan badan di rumah di seluruh dunia, mengajak peminatnya di Malaysia menyertai mereka dalam membawakan Masa Hadapan Kecantikan di Malaysia menerusi pelbagai promosi mengujakan, sesi mencuba produk, aktiviti menarik dan banyak lagi.

Leong KM, Pengurus Besar Asia Tenggara bagi Kumpulan Ulike berkata,

“Kami teruja untuk memperkenalkan lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia bagi menyaksikan keupayaan inovatif peranti canggih kami yang berkesan, selamat, dan membawa teknologi kecantikan profesional ke rumah pengguna. Menembusi pasaran Malaysia buat pertama kalinya menerusi pembukaan kedai utama yang pertama di SOGO KL, kami menerima sambutan yang amat menggalakkan, sekaligus mendorong kami untuk membuka kedai ‘pop-up’ ini di IOI City Mall, Putrajaya. Justeru itu, kami ingin mengalu-alukan kehadiran pengguna ke sini dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang penuh dengan keseronokan bersama beberapa nama besar di Malaysia. Kami berharap dapat terus menganjurkan aktiviti sebegini dalam masa terdekat agar lebih ramai pengguna dapat merasai sendiri inovasi secara terus.”

Ulike menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang tempoh dua minggu dan mereka yang datang mengunjungi kedai ‘pop-up’ ini berpeluang beramah mesra dengan beberapa bintang ternama di Malaysia!

Kedai ‘pop-up’ ini dilancarkan hasil rentetan kejayaan pelancaran cawangan fizikal pertamanya di SOGO KL, Malaysia.

Peminat Ulike boleh menyertai beberapa siri aktiviti yang menjanjikan keseronokan untuk seisi keluarga, mencuba seleksi produk inovasi terlaris dalam dunia kecantikan keluaran jenama ini serta beramah mesra dengan beberapa bintang terkenal di Malaysia termasuk Hannah Delisha, DeFam, Phei Yong dan ramai lagi!

Untuk maklumat terkini, berita dan informasi lain, sila layari halaman Instagram rasmi Ulike Malaysia.

Leave a comment