KONSERT MERAH HITAM: GABUNGAN DEF GAB C & KRISTAL X

Kedua-dua kumpulan ini akan bergabung mengadakan satu persembahan konsert berprestij Merah Hitam @ Zepp KL : “ Def Gab C & Kristal X pada 31 Ogos 2024, bermula pada pukul 8 malam.

Mereka akan menghiburkan peminat-peminat yang hadir dengan hampir 20 lagu malar segar yang pernah menjadi halwa telinga sekian lamanya.

“Ini adalah penampilan sulung kami selapas hampir 4 tahun, dimana sebelum ini saya lebih aktif menyanyi secara solo. Ianya saat yang sangat saya tunggukan kerana ”vibe” membuat persembahan bersama ahli band adalah puncak kepuasan saya diatas pentas dan juga memberi energi yang berbeza kepada peminat. Ianya juga satu”reunite” kembali Def Gab C dan selepas ini kami terus merancang untuk mengadakan Tour di seluruh Negara” ujar Asheed .

Selain Asheed , Def Gab C dianggotai Oleh Jemboo (Gitar), Ahtonk (Drum) dan Epyn (Bass).

“Kristal X sangat teruja untuk beraksi didalam konsert ini, dan ini juga merupakan peluang kepada peminat setia kami untuk merasai kepuasan tersendiri memandangkan ianya diadakan secara sistemetik di satu lokasi yang saya rasakan sangat sempurna dari segi penataan bunyi dan visual iaitu di Zepp KL . Saya dan anggota Kristal X yang lain iaitu Ainol (Drum), Napie (Gitar ) Amai (Bass) dan Ayop (Keyboard) sangat bersemarak untuk all out Rockin bersama para peminat semua” ujar Lan, dari Kristal X.

Tema konsert ‘Merah Hitam’ diadaptasi menerusi kedua -dua lagu hits kumpulan tersebut iaitu ‘Merah’ dari Def Gab C dan ‘Hitam’ yang merujuk kepada lagu “Seragam Hitam” dari Kristal X.

Menurut Pengarah persembahan,Amad Abdullah, konsert ‘ini ‘ Merah Hitam’ diadun dengan pelbagai suntikan artistik tersendiri, baik dari segi tema, manifesto dan paling utama di malam persembahan akan adanya beberapa elemen yang agak menarik .

“Ya, kita juga akan meraikan sambutan Hari Kemerdekaan pada konsert tersebut , pastinya ada sedikit elemen patriotism yang disampaikan dengan cara kami sendiri nanti , dan saya akan pastikan ianya bakal menjadi kenangan halwa telinga, kepuasan jiwa dan visual”

Manakala menurut Pengarah Urusan Shoreline Space, Shahrunnizam Jamel:

“Konsert Def Gab C & Kristal X:Merah Hitam ini merupakan permulaan menceburkan diri secara profesional didalam sirkit persembahan langsung buat syarikat kami Shoreline Space . Ianya juga satu sinergi dengan perniagaan asas kami iaitu ruang acara dengan peralatan muzik terkini yang terletak di Sri Rampai . Saya secara peribadi amat-amat teliti dan cerewet didalam menyelenggara persembahan ini dengan menyediakan peralatan , sistem bunyi dan visual serta tenaga teknikal profesional yang bakal di persembahkan oleh barisan pemuzik pelapis terbaik Negara iaitu anggota kumpulan Def Gab C dan Kristal X”

Ayuh kita menyanyi bersama dengan Def Gab C & Kristal X di konsert Merah Hitam@Zepp KL pada 31 Ogos ini sambil menghayati semangat kemerdekaan.

Untuk maklumat tiket sila layari laman web myticket.asia

Leave a comment