TINGKAT PENGALAMAN BELI-BELAH DI MYDIN DENGAN MYDINPAY

Majlis pelancaran telah diadakan di MYDIN Subang Jaya oleh Menteri Digital, YB Gobind Singh Deo menyaksikan aplikasi e-dompet itu menawarkan pengalaman beli-belah lebih mudah dengan inovasi terbaharu. Inisiatif ini selaras dengan usaha kerajaan Malaysia menuju ke arah ekonomi digital.

Menurut Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin,

“Kami komited dalam memastikan pelanggan setia kami mendapat pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dengan inovasi perniagaan yang memberi kemudahan kepada mereka.

Kami sudah berada di persada perniagaan lebih dari enam dekad, justeru itu kami perlu terus menyesuaikan perniagaan mengikut perubahan semasa kerana keperluan pelanggan sentiasa berubah-ubah. Integrasi penyelesaian fintech canggih ini bertujuan untuk menjadi penanda aras baru untuk kemudahan runcit dan penglibatan digital”

Aplikasi e-dompet ‘MYDINPay’ merupakan aplikasi yang pertama dilancarkan oleh rangkaian peruncit dan pemborong terkemuka ini mempamerkan kesediaan MYDIN berubah ke era digital dan mendepani perubahan pasaran. Pendekatan proaktif untuk beradaptasi dengan inovasi digital ini membuktikan komitmen MYDIN terhadap landskap fintech yang berkembang pesat.

Bersempena dengan pelancaran ini, ‘MYDINPay’ menawarkan baucar RM5 kepada 1,000 pengguna aplikasi yang terawal, sementara 3,000 pelanggan pertama yang membelanjakan RM150 ke atas dengan aplikasi ‘MYDINPay’ di mana-mana cawangan MYDIN layak menikmati pulangan tunai sebanyak 5%.

Pembangunan aplikasi ‘MYDINPay’ direalisasikan melalui kerjasama MYDIN dengan Wavpay pada Oktober 2023. Kerjasama ini memperkenalkan MYDIN sebagai Rakan Dompet Omnichannel pertama, merupakan program yang memanfaatkan infrastruktur e-dompet yang mantap daripada Wavpay. Inisiatif ini membolehkan rakan kongsi mencipta aplikasi mereka sendiri dengan ciri e-dompet bagi memudahkan transaksi digital dan meningkatkan penglibatan dengan pengguna sasaran mereka.

Muat turun MYDINPay sekarang di:

App Store: https://apps.apple.com/my/app/mydinpay/id6476868127?l=ms

Play Store: https://play.google.com/store/apps/details…

Leave a comment